Sejumlah 3,511 Ketua Isi Rumah (KIR) masyarakat Orang Asli di beberapa negeri pada Sabtu mendapat manfaat bantuan pembekalan set bakul makanan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, KPLB maklumkan agihan bantuan itu antaranya diberikan kepada empat lokasi di Pahang iaitu Kampung Orang Asli (KOA) Sg Tementong, KOA Sg Garam, KOA Sg Mutan dan KOA Sg Sekin.
KOA lain di Daerah Johor Bahru dan Daerah Kota Tinggi di Johor, Daerah Gua Musang di Kelantan, Daerah Jempol di Negeri Sembilan serta Daerah Hulu Selangor, Daerah Hulu Langat dan Daerah Kuala Langat di Selangor.
Menurut KPLB, bantuan di empat lokasi di Pahang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dengan nilai barangan yang diberikan kepada setiap ketua isi rumah sebanyak RM100 dan turut ditambah dengan kit kebersihan seperti antiseptik, penutup hidung dan mulut, sabun berubat serta tambahan susu tepung untuk kanak-kanak.
"Cara agihan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melalui Tok Batin atau penghulu setiap kampung dan turut dipantau oleh Pegawai JAKOA Daerah bagi memastikan agar bantuan tersebut sampai kepada setiap ketua isi rumah yang berkenaan," menurut kenyataan itu.
KPLB melaksanakan agihan Bantuan Bakul Makanan sejak berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas melalui JAKOA.
Agihan Bantuan Bakul Makanan fasa kedua bermula Jumaat dan dijangka dapat diselesaikan pada 20 April depan melibatkan 55,000 ketua isi rumah di 853 kampung di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 11 2020

KPLB melaksanakan agihan Bantuan Bakul Makanan sejak berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas melalui JAKOA. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.

Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.

Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali
Pada tahun 2022, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.

Pelebaran Lebuhraya KL-Karak bermula suku kedua 2024
Rancangan pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang berada di peringkat awalan dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024.

KKR terima 1,000 aduan menerusi MYJalan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lepas.

KKR jamin trafik lancar, tiada kerja penurapan dilaksana
Tiada kerja-kerja turapan di laluan seperti LPT dan kawasan-kawasan negeri yang terlibat PRN bermula hari ini hingga Ahad.

PRN: Tiada 'kerja jalan' hari mengundi bagi pastikan aliran trafik lancar
KKR akan memastikan tiada gangguan aliran trafik berlaku di lebuh raya akibat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri

LTU: 54 peratus telah dibina, yakin sasaran siap dapat dicapai
Abdul Rahman optimis sasaran pembukaan lebih awal keseluruhan lebuh raya itu dapat dilaksanakan.

KKR usul hadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu
Kementerian Kerja Raya Malaysia akan mengusulkan cadangan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) kepada Kementerian Kewangan (MOF), supaya mengehadkan pengeluaran lesen kontraktor baharu.