GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan tiada gangguan aliran trafik berlaku di lebuh raya akibat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan termasuk di projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) menjelang hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, pada 12 Ogos ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata pihaknya menjangkakan kenderaan perantau akan mula memasuki daerah ini pada 11 Ogos, justeru kerja-kerja pembinaan akan dihentikan lebih awal.
"Semua lebuh raya kita minta tidak ada kerja yang boleh menyebabkan trafik tergendala sekurang-kurangnya seminggu sebelum PRN," katanya kepada pemberita selepas meninjau Projek LTU di Kilometer 251 (FT008) berhampiran jambatan Felda Chiku 3 di sini, semalam.
Beliau berkata Kementerian Kerja Raya sentiasa membuat pemantauan ke atas projek LTU yang melibatkan jarak perjalanan lebih 360 kilometer demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain dan pembinaan LTU yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) menuju ke Kelantan, berjalan lancar.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata pengguna jalan raya akan menghadapi sedikit gangguan trafik selama dua hari di kawasan Felda Chiku sehingga ke Paloh (FT008) pada 1 hingga 2 Ogos ini, berikutan kerja-kerja pemasangan lima rasuk jambatan baru merentasi Sungai Chiku bagi projek LTU Pakej 2 Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Seksyen 2B: Paloh 2 Ke Bukit Sejuk.
Katanya sebagai alternatif pengguna boleh menggunakan jalan FT 1744 (Jalan Felda Aring) bagi laluan Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
"Walau bagaimanapun pemasangan rasuk tersebut tidak akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk memandangkan ia tidak dilaksanakan pada waktu puncak, sebaliknya akan dilakukan secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan," katanya.
Abdul Rahman berkata pakej ini adalah satu daripada projek cepat dilaksanakan bagi kemudahan rakyat Pantai Timur khususnya dari Kota Bharu, Kuala Krai, Gua Musang dan terus ke Lipis, Raub dan Bentong.
"Kita sebenarnya sasarkan siap selewatnya awal 2026 yang melibatkan semua pakej daripada Kota Bharu sehinggalah ke lebuh raya Karak Kuala Lumpur atau Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Bentong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Abdul Rahman berkata pihaknya menjangkakan kenderaan perantau akan mula memasuki daerah ini pada 11 Ogos, justeru kerja-kerja pembinaan akan dihentikan lebih awal. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.