KOTA KINABALU:Daripada 26 buah daerah di Sabah, 18 daripadanya kini berada dalam zon merah.
Berbanding sebelum ini daerah Tongod yang kekal di zon hijau sejak tiga minggu lalu telah dikategorikan dalam zon kuning bersama lapan daerah lain susulan satu kes positif direkodkan pada Khamis.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, jumlah kes positif COVID-19 menyaksikan pertambahan kes baharu melibatkan daerah di zon kuning.
"Hari ini daerah Tongod mencatatkan 1 kes dan bertukar ke zon kuning.
"Secara keseluruhan jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini adalah sebanyak 352 kes dan tiada kematian dicatatkan.
"Pada hari ini, seramai 458 pesakit telah sembuh dari hospital dan menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,683 orang.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 649 kes baharu, tiada kematian
"Setakat ini bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi ICU ialah seramai 72 orang manakala 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Masidi turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu iaitu di dua daerah Lahad Datu dan Kota Belud.
Kluster Sakti di daerah Lahad Datu sebanyak tujuh kes yang merupakan kluster di kilang sawit manakala Kluster Tuguson di daerah Kota Belud sebanyak empat kes yang berpunca daripada Majlis Serah Tugas.
Tambahnya kerajaan juga telah menambah kapasiti katil sebanyak 622 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).
"Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di PKRC adalah sebanyak 622 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil di negeri ini sebanyak 7,859 katil.
"Penambahan ini merangkumi Penjara Tawau 500 katil, PKRC Pusat Kebudayaan Penampang 93 katil dan
Rumah Rehat Kudat 29 katil," katanya.
Sehingga Khamis (29 Oktober 2020), terdapat seramai 3,848 pesakit sedang menerima rawatan di seluruh negeri Sabah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Oct 29 2020

Sehingga Khamis (29 Oktober 2020), terdapat seramai 3,848 pesakit sedang menerima rawatan di seluruh negeri Sabah. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.