KUALA LUMPUR :Sabah masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 259 kes diikuti negeri-negeri di Lembah Klang dengan 202 kes.

Secara keseluruhan, jumlah kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah 822 kes menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 42,872 kes.

Berikut adalah tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini (Rabu, 11 November 2020):

1) Daripada 822 kes baharu yang direkodkan hari ini, tujuh adalah kes import melibatkan satu warganegara dan enam yang lain bukan warganegara

2) Sejumlah 769 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara ini adalah 31,073 kes

3) Sabah juga merekodkan jumlah kes sembuh tertinggi dengan 533 kes diikuti Selangor 98 kes dan Negeri Sembilan 36 kes

4) Dua kematian direkodkan hari ini melibatkan melibatkan mangsa berusia 22 tahun dan 67 tahun di Sabah

5) Tiga kluster baharu dikenal pasti; Kluster Karamunting, Kluster Saga dan Kluster Haven