KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan trend mendatar selama lima hari berturut-turut.

Pada Isnin, angka itu kekal 1.05 sejak Khamis lalu.

Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.25 diikuti Sarawak, Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

Seterusnya Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan satu-satunya wilayah yang mencatatkan hanya dua kes COVID-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.