KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan penguatkuasaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sebako, Lundu selama 14 hari.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, pelaksanaan PKPD di kampung tersebut bermula 6 Februari 2021 sehingga 19 Februari 2021.
Manakala lanjutan pelaksanaan PKPD dikenakan di Kampung Sungai Ud dan Kampung Sungai Ud Hilir, Dalat selama tujuh hari bermula 10 Februari 2021 sehingga 16 Februari 2021.
“Memandangkan kes positif di daerah Lundu semakin meningkat, JPBN Sarawak memutuskan untuk melaksanakan PKPD bagi Kampung Sebako, Lundu.
“Keputusan dicapai bagi mengawal serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 dengan Sibu terus mencatatkan kes tertinggi dengan 67 kes.
BACA: PKPD di SMK Sultan Idris Shah II di Perak, dan Kampung Sebako 1, 2 di Sarawak
Ia diikuti Bintulu (24), Dalat (23), Kanowit (21), Kapit (10), Miri (enam), Song dan Samarahan (lima), Kuching dan Matu (tiga), Selangau, Sebauh dan Beluru (dua), dan satu kes di Sarikei, Bau, Subis, Julau dan Lawas.
Penambahan ini juga menyaksikan Kluster Pasai di Sibu terus catat peningkatan kes.
“Hari ini berlaku penambahan 65 kes melibatkan kluster ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,211 kes.
“Sejumlah 24,000 individu telah disaring dengan 21,650 disahkan negatif manakala 639 masih menunggu keputusan makmal,” tambahnya.
Syafik Shukri Jalil
Fri Feb 05 2021
![COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612523041_SekatanJalanRaya.jpg)
Memandangkan kes positif di daerah Lundu semakin meningkat, JPBN Sarawak memutuskan untuk melaksanakan PKPD bagi Kampung Sebako, Lundu. FOTO: BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![COVID-19: Penduduk Kampung Sebako di Lundu akan disaring bermula Ahad COVID-19: Penduduk Kampung Sebako di Lundu akan disaring bermula Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612603217_BakoPKPD.jpg)
COVID-19: Penduduk Kampung Sebako di Lundu akan disaring bermula Ahad
624 penduduk di Kampung Sebako 1 dan 2 di Lundu, Sarawak akan menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat bermula Ahad.
![COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612523041_SekatanJalanRaya.jpg)
COVID-19: PKPD di Kampung Sebako, Lundu, Sarawak catat 178 kes positif
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan penguatkuasaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sebako, Lundu selama 14 hari.
![COVID-19: JPBN Sarawak sekali lagi pinda SOP upacara pengebumian COVID-19: JPBN Sarawak sekali lagi pinda SOP upacara pengebumian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611916914_vaksinuggahsaraw.jpg)
COVID-19: JPBN Sarawak sekali lagi pinda SOP upacara pengebumian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sekali lagi meminda prosedur operasi standard (SOP) bagi upacara pengebumian di negeri itu.
![JPBN Sarawak pinda SOP upacara pengebumian JPBN Sarawak pinda SOP upacara pengebumian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611573121_COVID.jpg)
JPBN Sarawak pinda SOP upacara pengebumian
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung upacara kematian dan pengebumian di negeri itu.