SHAH ALAM: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dikuatkuasakan pada awal Mac tahun lalu memberi kesan negatif kepada ekonomi negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), Siobhan Das berkata pelaksanaan seperti PKP 1.0 akan menyebabkan infrastruktur yang dibina sejak tahun lalu akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi negara.
“Ia juga akan memberi kesan yang lama dan besar bagi perniagaan dalam rantaian bekalan global.
“Industri dan kerajaan perlu menyedari peranan penting dalam yang dimainkan oleh pekerja dan perniagaan di Malaysia dalam rangkaian rantai bekalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu, Siobhan berkata, kerajaan perlu melaksanakan PKP yang lebih baik daripada PKP sebelumnya dengan menerapkan pendekatan kepada masyarakat.
“Ia juga penting bagi setiap individu, keluarga, masyarakat untuk melakukan peranan mereka untuk memastikan rakyat mencapai keseimbangan antara kelangsungan ekonomi dan kesihatan awam,” ujarnya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga mendesak kerajaan untuk melaksanakan vaksinasi dengan segera sebaik sahaja bekalan tiba di Malaysia.
Tambah beliau, hospital dan klinik swasta perlu dilengkapi dengan sumber dan infrastruktur untuk menyokong program vaksinasi termasuk vaksinasi di tempat industri,
Jelas Siobhan, sehingga suku tahun pertama 2021, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk pemulihan ekonomi yang mempengaruhi sentimen pelaburan dan mempertikaikan kebolehpercayaan Malaysia dalam rantaian nilai global.
Artikel asal di Sinar Harian: PKP 1.0 beri kesan negatif kepada ekonomi negara: AMCHAM
Sinar Harian
Thu May 20 2021

Siobhan Das berkata pelaksanaan seperti PKP 1.0 akan menyebabkan infrastruktur yang dibina sejak tahun lalu akan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi negara. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.

"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).