KUALA LUMPUR:Pelbagai proses penilaian perlu diambil oleh pihak kerajaan sebelum memperoleh vaksin daripada syarikat pengeluar vaksin COVID-19.

Ini kerana, jelas Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, keberkesanan vaksin itu perlu menjadi keutamaan sebelum ia secara rasmi boleh diguna pakai.

“Kebiasaannya, proses pembangunan vaksin mengambil tempoh masa 10 hingga 15 tahun.

“Jadi vaksin untuk COVID-19 ini unik sikit, ia dipercepatkan kerana selalunya ia proses menghasilkan vaksin memakan masa 10 hingga 15 tahun.

“Namun vaksin ini, hanya mengambil masa sehingga kurang daripada setahun. Jadi, banyak benda-benda baru yang perlu kita lakukan,” jelas beliau.

Sementara itu, beliau mengumumkan bahawa pelbagai langkah baharu yang perlu diambil oleh pihak kerajaan.

Jelasnya lagi, oleh kerana kerajaan terdesak, mungkin satu mekanisme baharu akan dipertimbangkan.


“Biasanya kalau vaksin itu hendak dimasukkan ke Malaysia, vaksin itu hendaklah melalui proses proses yang amat ketat.

“Ini kerana kerajaan kita melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara, biasanya akan mengambil kira tentang keselamatan dan keberkesanan vaksin itu sendiri.

“Jadi mereka akan meneliti dengan secara mendalam data-data yang diberikan bagi setiap vaksin, tapi bagi COVID-19 ini.

“Mungkin pihak agensi akan menilai bagaimana untuk membolehkan vaksin ini sampai kepada rakyat yang memerlukannya.

Itu satu pemikiran yang kena buat, satu cara yang baru kerana ini tidak pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia,” tambah Dr Sazaly.

Terdahulu, firma biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc pada Isnin mendakwa vaksin COVID-19 yang dihasilkannya adalah 94.5 peratus berkesan untuk menangani jangkitan virus berkenaan.

Memetik laporan Reuters, Moderna berkata ia berdasarkan data interim daripada ujian klinikal peringkat akhir. 

BACA: Kehidupan boleh kembali normal sekiranya vaksin dapat digunakan secara meluas - Dr Sahin

B
ACA: Moderna dakwa vaksinnya 94.5 peratus berkesan