KOTA KINABALU: Semua pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi pada kapasiti 80 peratus petugas bekerja di pejabat berkuat kuasa Selasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Bagaimanapun, beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata 20 peratus petugas pula dikehendaki bekerja dari rumah.
"Semua kakitangan yang hadir ke pejabat, dan semua pelanggan serta pengunjung pejabat kerajaan terlibat hendaklah telah lengkap divaksin," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mengenai sukan golf Masidi berkata kerajaan negeri memberi kebenaran dua pemain golf berkongsi sebuah buggy dengan syarat terdapat pemisah antara dua pemain tersebut yang juga berkuat kuasa esok.
"Semua pemain hendaklah juga telah lengkap divaksin dan mempunyai status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera," katanya.
Sementara itu, beliau berkata Sabah hari ini merekodkan 1,255 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif 186,832 kes dengan 19 kes kematian dilaporkan, manakala 2,129 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 162,543 sembuh, dan 3,959 pesakit masih dirawat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Semua pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi pada kapasiti 80 peratus petugas bekerja di pejabat berkuat kuasa Selasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

COVID-19: Pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi kapasiti 80 peratus
Semua pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi pada kapasiti 80 peratus petugas bekerja di pejabat berkuat kuasa Selasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.