Walaupun banyak syarikat anggota farmaseutikal di peringkat global telah terbabit dalam usaha membangunkan vaksin COVID-19, proses penghasilannya masih memerlukan masa untuk disiapkan, kerana setakat ini ia masih di peringkat awal.
Menurut Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia Chin Keat Chyuan, secara amnya vaksin memerlukan ujian keselamatan klinikal yang luas serta rapi, yang melibatkan empat peringkat percubaan klinikal, dan ia diberikan kelulusan untuk digunakan hanya sebaik sahaja disiapkan.
Menurutnya penghasilan vaksin dianggap amat sukar kerana ia melibatkan mekanisme penuaian dari mikroorganisma yang sama sekali berbeza dengan entiti kimia baharu yang normal.
"Sekarang kita sedang melihat usaha yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh sektor biofarmaseutikal bagi menyelidik dan membangunkan vaksin COVID-19, dengan wang berbilion dolar dilaburkan. Malah sehingga kini terdapat sedikit sahaja calon vaksin yang berada di peringkat percubaan klinikal.
"Bagi menyegerakan pengeluaran vaksin COVID-19, syarikat terbabit telah menggunakan pelbagai bahan untuk berfungsi sebagai pencetus bagi membantu meningkatkan respons imun tubuh terhadap vaksin, walaupun pada dos yang sangat kecil," katanya semasa diwawancara oleh Bernama TV pada Sabtu.
"Walaubagaimanapun di sebalik semua kemajuan saintifik, kebanyakan syarikat farmasi, malah pegawai kesihatan awam percaya bahawa pembangunan vaksin masih memerlukan 12 hingga 18 bulan lagi sebelum vaksin pertama dapat disediakan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 22 2020

Proses penghasilan vaksin COVID-19 masih memerlukan masa untuk disiapkan. - Gambar fail/REUTERS
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

COVID-19: Ujian vaksin AstraZeneca-Universiti Oxford diteruskan semula
Ia dihentikan baru-baru ini selepas pesakit di United Kingdom dikesan mengalami kesan sampingan.

COVID-19: Singapura luluskan penggunaan Remdesivir untuk rawat pandemik
Singapura mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat (AS) apabila meluluskan penggunaan ubat antivirus remdesivir untuk merawat pesakit positif COVID-19.

COVID-19: Pakar sedang berlumba untuk hasilkan vaksin, namun ia tetap perlukan masa
Walaupun banyak syarikat anggota farmaseutikal di peringkat global telah terbabit dalam usaha membangunkan vaksin COVID-19, proses penghasilannya masih memerlukan masa untuk disiapkan.