Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut.
Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban.
Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baharu untuk kluster ini dilaporkan.
Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara.
KKM juga memaklumkan terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.
Berikut adalah princian lapan kluster baharu:
KLUSTER JALAN ENAM
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Petaling (Selangor).
- Kes dilapor positif pada 7 Februari 2021.
- 173 individu disaring, 15 kes dikesan positif.
KLUSTER JALAN ULU CHOH
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Pontian (Johor).
- Kes dilaporkan positif pada 21 Februari 2021.
- 190 individu disaring, 34 kes dikesan positif.
KLUSTER PERINDUSTRIAN LUKUT
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Kota Tinggi (Johor).
- Kes dilaporkan positif pada 24 Februari 2021.
- 239 individu disaring, 28 kes dikesan positif.
KLUSTER JALAN DATO YUNUS
- Kluster tempat kerja melibatkan daerah Johor Bahru (Johor).
- Kes dilaporkan positif pada 24 Februari 2021.
- 30 individu disaring, lapan kes dikesan positif.
KLUSTER SINSINGON
- Kluster komuniti ini melibatkan daerah Nabawan (Sabah).
- Kes dilaporkan positif pada 23 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke asrama.
- 106 dividu disaring, 18 kes dikesan positif.
KLUSTER PASAR BIDOR
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batang Padang (Perak).
- Kes dilaporkan positif pada 28 Februari 2021.
- 112 individu disaring, 25 kes dikesan positif.
KLUSTER LORONG BAKAU
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang).
- Kes dilaporkan positif pada 24 Februari 2021.
- 297 individu disaring, 50 kes dikesan positif.
KLUSTER VISTA HILIR
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya (Pulau Pinang).
- Kes dilaporkan positif pada 15 Februari 2021.
- 154 individu disaring, 35 kes dikesan positif.