PETALING JAYA: Tonggak utama Selangor FC (SFC) Faisal Halim muncul di tempat duduk penonton di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjelang sepak mula Piala FA di antara Selangor dan Negeri Sembilan pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang sebelum ini mengalami kecederaan akibat disimbah asid, telah muncul di khalayak ramai untuk pertama kalinya semasa perlawanan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan.
  • Beliau, yang masih dalam proses pemulihan, hadir bersama keluarganya dan bapanya turut menyanyikan Lagu Negaraku bersama barisan kesebelasan utama.
  • Faisal telah menjalani empat pembedahan dan dirawat di ICU selama 10 hari selepas insiden pada 5 Mei di Petaling Jaya.


Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarganya yang turun menyaksikan perlawanan membabitkan Gergasi Merah yang mengintai slot ke suku akhir.

Bapanya, Halim Saad, turut berdiri bersama-sama barisan kesebelasan utama ketika menyanyikan Lagu Negaraku.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas sidang media dua hari lalu di Selangor Training Centre di Shah Alam.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.