SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di negeri tersebut.


Ringkasan AI
  • Seorang penjawat awam ditahan reman oleh SPRM Negeri Sembilan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai insentif untuk memproses permohonan tanah.
  • Suspek berusia kira-kira 30-an ditahan semasa memberi keterangan di pejabat SPRM, dan kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jenayah Seremban, di mana perintah reman selama tujuh hari telah dikeluarkan.
  • Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan pada Jun 2023, dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan, kira-kira jam 6 petang, Isnin.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah Seremban dan perintah reman selama tujuh hari bermula Selasa terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Syed Mohd Farid  Syed Ali.

“Siasatan awal mendapati  suspek melakukan kesalahan tersebut sekitar Jun 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.