SEREMBAN: Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Datuk Perba, Abdul Razak Mohd Yassin ketika dihubungi berkata, Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Menurut kenyataan rasmi daripada Balai Rasmi Undang Luak Rembau, jenazah akan disolatkan di surau Balai Kediaman Rasmi Undang Luak Rembau pada 12.30 tengah hari ini.
"Dukacita dimaklumkan Undang Luak Rembau Datuk Muhamad Sharip Othman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Jenazah Allahyarham Muhamad Sharip akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Mungkal Sepri selepas solat asar.
Allahyarham Muhamad Sharip dan isteri Allahyarhamah Tok Puan Siti Ramalah Yunus memiliki lima anak lelaki.
Muhamad Sharip dimashyurkan sebagai Undang Luak Rembau ke-21 pada 21 November 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Allahyarham Muhamad Sharip, 83, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
'Kerjan' Undang Luak Rembau baharu berlangsung penuh istiadat
Istiadat pertabalan atau 'Kerjan' Undang Luak Rembau yang baharu Datuk Sedia Raja Abd Rahim Yassin berlangsung penuh istiadat hari ini.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.