KUALA LUMPUR: Nasihat yang dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) supaya rakyat negara itu tidak melakukan perjalanan ke Malaysia bukan perkara luar biasa.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama untuk kebanyakan negara Eropah dan Canada.
“Nasihat perjalanan dikeluarkan disebabkan kes-kes yang tinggi di negara tersebut. Apa signifikannya kepada negara kita?
"Sebenarnya, ia tidak membawa begitu banyak kesan kerana sekarang ini, negara kita mengamalkan satu kawalan yang ketat untuk kemasukan dan keluaran daripada luar negara, terutamanya dengan negara-negara yang mempunyai kes-kes tinggi.
“Jadi kita tidak perlu risau sangat sama ada rakyat Amerika akan datang ke negara kita atau tidak,” kata Dr Zainal dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan perlu lihat status di negara jiran dan melihat cara lain untuk membendung penularan kes COVID-19 yang meningkat secara mendadak.
“CDC merupakan rujukan atau penanda aras yang memberikan nasihat perjalanan.
“Jadi, kerajaan perlu lihat apa status negara jiran seperti Thailand dan Singapura dan lihat apa yang boleh dilakukan lagi untuk mengurangkan kes negara ini.
“Dengan cara itu, status ‘paras empat’ itu boleh dikurangkan ke paras ketiga dan ke bawah,” ujarnya.
Pada Khamis, CDC AS menasihatkan rakyat negara itu supaya tidak melakukan perjalanan ke Malaysia.
Langkah itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di negara ini yang dicatatkan berada pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularannya di peringkat tertinggi.
CDC turut menegaskan, sekiranya ada rakyat negara itu terpaksa melakukan perjalanan ke Malaysia, mereka disaran untuk mendapatkan vaksin lengkap COVID-19 sebelum melakukan perjalanan.
Isabelle Leong
Fri Apr 23 2021
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama ke atas kebanyakan negara Eropah dan Canada. - Gambar fail
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan selepas letupan peranti maut
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi.
Turkiye, Itali keluar nasihat perjalanan ketika ketegangan memuncak di Lubnan
Turkiye dan Itali pada Ahad telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat mereka di Lubnan atau yang merancang ke negara itu.
Kedutaan asing dialu-alukan lawat ESSCOM, ESS ZONE lihat tahap keselamatan - Komander
ESSCOM sedia membantu pihak kedutaan asing bagi mendapatkan maklumat dan mendengar sendiri taklimat yang diberikan.
Singapura keluarkan nasihat perjalanan ke Israel, Palestin
Singapura mengeluarkan nasihat perjalanan mengelak semua perjalanan ke Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria.
India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada
India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang ekoran kes pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada.
Rakyat Malaysia dinasihat jaga keselamatan ketika melancong ke Thailand
Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.
Bakar al-Quran, Kedutaan Malaysia di Sweden keluar amaran perjalanan
Kedutaan Malaysia di Sweden mengeluarkan amaran perjalanan untuk rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat negara itu.
Banjir: 'Tangguh dahulu rancangan bercuti ke Hat Yai' - Exco Kedah
Kerajaan Negeri Kedah meminta rakyat negeri itu supaya menangguh dahulu perjanan ke Hat Yai, Thailand berikutan banjir besar yang melanda wilayah itu ketika ini.