KANGAR: Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla yang baharu Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di negara jiran itu dan berhubung rapat dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
"Saya juga ingatkan rakyat Malaysia agar menyemak dan pastikan bahawa dokumen perjalanan atau pasport mereka dicop keluar (exit stamp and date) terlebih dahulu sebelum keluar dari negara Thailand iaitu sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.
"Kita menerima banyak laporan berhubung rakyat Malaysia yang tidak menyemak terlebih dahulu dokumen perjalanan mereka sebelum keluar dari pintu sempadan, menyebabkan mereka terpaksa hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan untuk melengkapkan formaliti berkaitan," katanya dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.
Katanya rakyat Malaysia yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda dan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand pada masa hadapan
Menurut kenyataan itu, Ahmad Fahmi mempersembahkan perkara tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hat Yai, Thailand baru-baru ini.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Songkhla, Thailand, Suargana Pringganu.
Menurut kenyataan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Jeneral.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Rakyat Malaysia turut dinasihat memastikan dokumen perjalanan atau pasport mereka dicop keluar terlebih dahulu sebelum keluar dari Thailand. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

25 mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar selamat tiba di Bukit Kayu Hitam
Seramai 25 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam pada Rabu.

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan, letupan bom di Sungai Golok - Polis
Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.