KUALA LUMPUR:Dua lagi kluster COVID-19 dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Kau Sing di Tawau, Sabah dan Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks Kluster Kau Sing iaitu kes ke-10755 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital
Tawau, Sabah.
"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti.
"Daripada tujuh kes yang dikesan positif, sebanyak lima kes merupakan warganegara Malaysia dan dua kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah," katanya dalam satu kenyataan media mengenai COVID-19 pada Ahad.
Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring.
BACA: COVID-19: 293 kes baharu, 67 pulih, tiada kes kematian
BACA: Kes baharu COVID-19 kekal tiga digit, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
"Keputusan saringan menunjukkan tujuh dikesan positif COVID-19, sembilan individu dikesan negatif dan 11 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan," ujarnya.
Dalam pada itu, Kluster Embun di Hulu Langat, Selangor merupakan kes ke-11147 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti.
"Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan," ujarnya lagi.
Kata beliau, sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring.
"Keputusan saringan adalah lima dikesan positif COVID-19, 21 individu dikesan negatif dan 26 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan," tambahnya.
Sementara itu, KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara
pentadbiran di Penjara Alor Setar, Kedah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam, 6 Oktober 2020.
"PKPDB ini akan melibatkan kawasan penjara dan kuarters kakitangan penjara. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari," katanya.
Justeru, KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kawasan ini dan
bekerjasama dengan pelbagai agensi pihak berwajib.
Astro Awani
Sun Oct 04 2020
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata punca jangkitan masih dalam siasatan. - Gambar fail/BERNAMA
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.