KUALA LUMPUR: Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata jumlah itu direkodkan bermula 1 Jan sehingga 18 Jun lepas dan sebanyak 109,806 panggilan atau 89.4 peratus daripadanya adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik COVID-19.
Antara masalah yang dilaporkan ialah kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, kehilangan tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian serta penderaan (emosi dan fizikal).
"Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam serta petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai golongan lain dalam kalangan masyarakat.
"Talian bantuan yang diwujudkan sejak 25 Mac 2020 dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM dan sukarelawan pegawai psikologi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan kaunseling," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain talian bantuan itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif lain yang turut dilaksanakan termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu 'KSK Care' (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Talian KASIH.
Di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan pula, inisiatiaf bantuan yang dilakukan ialah Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS disediakan untuk kumpulan sasar.
"Kumpulan sasar merangkumi individu dalam perhatian (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah, pesakit COVID-19 di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), petugas kesihatan dan agensi lain yang bertugas dalam menangani wabak serta ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19," katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan masyarakat mengambil langkah mengurangkan impak psikologikal sepanjang pandemik, seperti mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul selain mengelakkan diskriminasi, stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19.
Dr Noor Hisham juga menyarankan agar masyarakat mengekalkan kecergasan optima dan ketenangan jiwa; memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan; sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan dan paling penting, segera mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu sokongan emosi
"Tekanan ini akan menjadi masalah jika berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021

Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

KPM tidak kompromi isu murid dirotan sehingga cedera - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi sekiranya benar dakwaan seorang murid lelaki Tahun Lima yang dirotan guru besar sehingga cedera di sebuah sekolah di Segamat, Johor dua hari lepas.

326,500 ahli Skuad Waja siap sedia bantu mangsa banjir
Sukarelawan di bawah skuad tersebut berupaya membantu mangsa banjir dalam pelbagai aspek termasuk memberi sokongan psikososial.

COVID-19: KKM terima lebih 100,000 panggilan minta bantuan sokongan psikososial sejak Jan 2021
Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun.