KUALA PILAH: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi sekiranya benar dakwaan seorang murid lelaki Tahun Lima yang dirotan guru besar sehingga cedera di sebuah sekolah di Segamat, Johor dua hari lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa dan pada masa sama, sesi intervensi termasuk sokongan psikososial kepada guru dan pelajar terlibat turut dilaksanakan.
"Kes ini kita dah serahkan untuk siasatan, kita kena hormat proses siasatan itu dan semua hasil akan dimaklumkan kembali kepada KPM.
"Saya memberi jaminan siasatan yang dijalankan adalah telus. Kita hendak maju dalam isu pendidikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Mini Pendidikan MADANI Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang murid sebuah sekolah di Segamat mengalami kecederaan di badan dan muka selepas didakwa dirotan guru besar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Fadhlina berkata sebarang tindakan ke atas guru besar berkenaan adalah bergantung kepada hasil siasatan.
"Semua proses siasatan harus dipatuhi termasuk jika memerlukan keterangan diambil untuk memastikan ia berlangsung dengan baik...dan kalau dia (guru besar) kena hadir beri keterangan atau sesi kaunseling, dia kena hadir," katanya.
Sementara itu, beliau berkata KPM sentiasa memantau komitmen dan tanggungjawab golongan pendidik secara keseluruhannya termasuk dengan mewujudkan Standard Guru Malaysia (SGM) bertujuan memastikan guru benar-benar mencapai kualiti ditetapkan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kes tiga bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Kinabalu, Sabah yang masing-masing menerima pampasan RM50,000 selepas berjaya dalam saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang 'ponteng' kelas selama tujuh bulan pada 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Fadhlina berkata sebarang tindakan ke atas guru besar berkenaan adalah bergantung kepada hasil siasatan. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

KPM tidak kompromi isu murid dirotan sehingga cedera - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi sekiranya benar dakwaan seorang murid lelaki Tahun Lima yang dirotan guru besar sehingga cedera di sebuah sekolah di Segamat, Johor dua hari lepas.

326,500 ahli Skuad Waja siap sedia bantu mangsa banjir
Sukarelawan di bawah skuad tersebut berupaya membantu mangsa banjir dalam pelbagai aspek termasuk memberi sokongan psikososial.

COVID-19: KKM terima lebih 100,000 panggilan minta bantuan sokongan psikososial sejak Jan 2021
Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun.