Kementerian Kesihatan (KKM) senada dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpendapat pandemik COVID-19 belum berakhir.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengingatkan masyarakat di Malaysia supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini.
Katanya, rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.
"Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sebuah taklimat secara maya, pandemik COVID-19 di dunia masih belum berakhir.
"Malah, secara global, kes-kes pandemik COVID-19 ini sebenarnya semakin meningkat. Beliau juga memberi amaran bahawa situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dijangkakan akan semakin melarat.
"Memetik kenyataan Dr Tedros: We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.
"Justeru, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas Dr Noor Hisham, kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibuka dan sedang beroperasi sepenuhnya, namun demikian penularan kes di dalam komuniti adalah terkawal.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jun 30 2020

Dr Noor Hisham bersetuju dengan seruan Dr Tedros agar orang ramai tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini. Foto: Bernama/Reuters
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' lawan COVID-19
Datuk Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: 21 kes baharu direkodkan, 16 adalah kes penularan tempatan
Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Langkah KKM tangani COVID-19 selari kaedah Ibnu Sina - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun berada pada zaman yang berbeza, namun prinsip asas kesihatan awam kekal dan tidak berubah.

Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat
Setakat Khamis, nilai R0 adalah 1.36 dan apa yang membahayakan ialah kalau peratusan itu meningkat lebih daripada 1.6, jelas Dr Noor Hisham.

KKM sambut baik arahan kerajaan wajibkan pemakaian pelitup muka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik keputusan kerajaan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka.

COVID-19: Kes positif kembali satu angka dengan 9 kes baharu
Kes positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan satu angkat selepas sembilan kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di adalah 8,840 kes.

KKM sambut baik arahan wajib guna pelitup muka, berikut tumpuan sidang media KKM
Ini antara inti pati sidang media KKM yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ikuti berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 20 Julai 2020.

Malaysia masih catat peningkatan dua digit, 21 kes baharu positif COVID-19
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 adalah kes penularan dalam negara.