Datuk Dr Rohaizat Yon kembali ke 'medan perang' bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, Datuk Rohaizat kembali menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) secara kontrak.

"Beliau 'dipanggil semula' (kontrak) bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan COVID-19.

"Selamat bertugas untuk rakyat dan negara," kata KKM dalam ciapan itu.


Malah, pada awal sidang media yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, beliau memberitahu Dr Rohaizat akan menyambung perkhidmatannya sehingga akhir tahun ini.

BACA: Hilang seorang 'panglima perang', Dr Noor Hisham tahan sebak...

Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengumumkan persaraan wajib rakan seperjuangannya itu dalam memerangi COVID-19 pada 10 Jun lalu.

Dr Rohaizat juga dianggap sebagai salah seorang 'panglima perang' buatnya.