KOTA BHARU: Kemasukan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini meningkat sejak beberapa hari lepas, selepas Hari Raya Aidiladha.
Pengarah PKRC Kelantan Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata berikutan itu sebanyak 11 PKRC di seluruh negeri itu telah mencapai kapasiti penggunaan katil antara 80 hingga 98 peratus.
"Secara keseluruhan sehingga kini terdapat sebanyak 2,300 katil di seluruh PKRC dan ada antara PKRC iaitu PKRC Pusat Tarbiah Islam Kelantan di Pengkalan Chepa dan juga PKRC Jubli Perak, Kota Bharu telah mencapai kapasiti penggunaan katil mencecah 98 peratus.
"Malah, pada Jumaat ini juga kita akan membuka semula PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan Salor selain kita juga sedang mengenal pasti satu lokasi baharu di luar daerah Kota Bharu untuk dijadikan PKRC," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Unit Pengangkutan COVID-19 di pekarangan Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan di sini hari ini.
Semalam, Kelantan merekodkan sebanyak 592 kes baharu COVID-19 dengan enam kluster baharu dilaporkan.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Zurairie berkata bagi mengelakkan berlaku kesesakan pesakit di PKRC, pihaknya telah mengambil kaedah untuk discaj pesakit menerusi penilaian klinikal.
Menurut beliau bagi pesakit kategori satu yang tidak mempunyai gejala, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam sebelum dibenarkan pulang bagi menjalani Perintah Pengasingan di Rumah (HIO) berbanding sebelum ini mereka dikuarantin selama 11 hari di PKRC.
"Bagi pesakit kategori dua dan ke atas yang bebas daripada sebarang gejala pula mereka akan dibenarkan pulang untuk HIO selepas dipantau secara klinikal selama tempoh 48 hingga 72 jam," katanya.
Bagaimanapun katanya, kebenaran pesakit untuk melakukan HIO bergantung kepada kriteria rumah yang bersesuaian selain pesakit dan penjaga juga mempunyai akses melalui telefon bagi memudahkan pemantauan.
"Bagi mereka yang dibenarkan pulang untuk menjalani HIO, kita memohon agar berdisiplin ketika berada di rumah dan dengan kenaikan kes COVID-19 di negeri ini sekarang, kita perlukan kerjasama semua pihak," katanya sambil menambah, golongan berkenaan juga akan didaftarkan di Jabatan Kesihatan Daerah sebagai pesakit HIO.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

Mohd Zurairie berkata susulan peningkatan itu sebanyak 11 PKRC di seluruh negeri itu telah mencapai kapasiti penggunaan katil antara 80 hingga 98 peratus. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MATA cadang kerajaan manfaatkan hotel bajet sebagai PKRC
Ini mengambil kira situasi sesak dan penuh di PKRC-PKRC terutamanya di Lembah Klang.

COVID-19: Kemasukan pesakit di PKRC Kelantan meningkat selepas Raya Haji
Kemasukan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri ini meningkat sejak beberapa hari lepas, selepas Hari Raya Aidiladha.

Kapasiti PKRC seluruh negara kini 60 peratus - KP NADMA
Kadar kapasiti penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus.

Wartawan Astro AWANI kongsi pengalaman jalani kuarantin di PKRC
Pengalaman dilalui menjentik keinsafan buat Nur Fazlizai Ali melihat pengorbanan besar petugas kesihatan di barisan hadapan.

Katil klinikal di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu ditambah
Jumlah katil klinikal untuk menampung pesakit yang berisiko mendapat komplikasi awal COVID-19 di PKRC Gelanggang Seni akan ditambah.

Perginya seorang ayah angkara COVID-19...
Kehilangan orang tersayang bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diterima oleh mana-mana individu, namun ia harus jua ditelan dengan reda.

COVID-19: NADMA sedia berdepan sebarang kemungkinan
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersedia untuk meningkatkan dan mengemas kini kemudahan sekiranya terdapat keperluan.

COVID-19: PKRC kedua dibuka di Labuan, tampung peningkatan kes positif
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pembukaan PKRC kedua itu bagi menampung kapasiti rawatan kes positif COVID-19 yang semakin meningkat di situ.

PKRC MAEPS, Serdang ditutup secara rasmi 15 Julai ini
Sehingga 10 Julai 2020, PKRC telah berjaya merawat seramai 1,362 orang pesakit di mana majoriti adalah orang bukan warganegara (86 peratus).