IPOH: Kadar kapasiti penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus, kata Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Beliau berkata beberapa pilihan seperti penggunaan Institut Latihan Awam Persekutuan di seluruh negara dan asrama awam akan diguna pakai pihaknya sekiranya jumlah pesakit di PKRC terus bertambah namun ia bergantung kepada kes dan keadaan semasa.
"Kita akan pastikan ada ruang (penampan) 20 peratus bagi setiap PKRC. Kalau sudah sampai 80 peratus (kapasiti), kita akan cari pilihan tertentu. Antara pilihan itu adalah kita mempunyai 360 buah Institut Latihan Awam Persekutuan di seluruh negara.
"Itu merupakan satu potensi, begitupun kebanyakan institut awam ini kita gunakan sebagai pusat kuarantin bagi mereka yang balik dari luar negara dahulu. Sekiranya berlaku keadaan agak kritikal di PKRC, NADMA akan menggunakan pilihan berkenaan tetapi tidak melibatkan semua negeri dan bergantung kepada kekuatan yang ada," katanya selepas melawat PKRC Arena Badminton Ipoh hari ini.
Katanya, aset awam (bangunan dan infrastruktur kerajaan) dipilih kerana ia boleh digerakkan secepat mungkin menerusi kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan negeri selain boleh mengurangkan beban kos membiayai setiap pusat kuarantin dan PKRC yang dilihat amat tinggi.
Keperluan menambah PKRC sedia ada bagi menampung pesakit COVID-19 terutamanya kategori satu dan dua, akan terarah serta difokuskan kepada kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Johor Bahru dan Lembah Klang terlebih dahulu.
NADMA bertanggungjawab terhadap kelicinan proses di semua 80 PKRC seluruh negara yang membabitkan kira-kira 5,000 petugas kesihatan dan bukan kesihatan selain 30,000 katil untuk menampung pesakit-pesakit pandemik tersebut.
Agensi itu kini sedang mengadakan siri lawatan ke semua PKRC di seluruh negara pasca Hari Raya Aidilfitri bagi melihat situasi semasa pusat-pusat kuarantin ini dari segi kapasiti dan perjalanan proses pentadbiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

GAMBAR FAIL: Petugas kesihatan mengadakan proses simulasi kemasukan pesakit ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Al Farabi, Alor Setar. - BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kapasiti PKRC seluruh negara kini 60 peratus - KP NADMA
Kadar kapasiti penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus.