KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Emperoh Jambu, di Padawan selama 14 hari.
PKPD yang bermula 23 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021 itu dibuat selepas penilaian risiko susulan kes positif COVID-19 melibatkan daerah Kuching, Samarahan dan Serian.
Menurut Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, JPBN Sarawak juga membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh PKPD di Kawasan Rumah Pangsa dan Town Villa di Sibu Jaya selama tujuh hari lagi.
“Kita (JPBN Sarawak) telah membuat keputusan bahawa PKPD akan dikuatkuasakan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan bermula 23 Februari hingga 8 Mac 2021.
“Selain itu kita juga memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan PKPD di kawasan rumah pangsa dan Town Villa di Sibu Jaya akan dilanjutkan mulai 26 Februari hingga 4 Mac 2021, untuk itu saya merayu kerjasama semua pihak dalam memutuskan rantaian COVID-19,” kata Uggah.
Sebelum itu JPBN Sarawak mengumumkan Kluster Emperoh Jambu antara dua kluster baharu di negeri itu.
Kluster komuniti ini berlaku apabila kes indeks 7,095 disahkan positif COVID-19 menerusi saringan individu sebelum memulakan tugas pada 16 Februari 2021.
Kes indeks ini dipercayai telah menjangkiti ahli keluarga dan berkemungkinan merebak kepada kontak lain semasa upacara pengkebumian ahli keluarga isteri kes indeks pada 3 hingga 5 Februari 2021.
“Hasil saringan dan pengesanan kontak rapat kepada indeks kes dan ahli keluarganya, tambahan 59 kes positif dikesan.
“Sehingga 22 Februari 2021, jam 12:00 tengah hari, 337 individu disaring dan 60 disahkan positif (termasuk kes indeks), 40 didapati negatif manakala 237 masih menunggu keputusan ujian makmal,” tambah Uggah.
Untuk itu, kesemua kes kluster ini telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan PKRC Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Syafik Shukri Jalil
Mon Feb 22 2021

Kluster komuniti ini berlaku apabila kes indeks 7,095 disahkan positif COVID-19 menerusi saringan individu sebelum memulakan tugas pada 16 Februari 2021. - Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.

COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.

COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.

1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.

COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.

Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.

Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.