GEORGE TOWN: Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang menunjukkan trend penurunan selaras dengan jumlah kes positif COVID-19 yang berkurangan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata terdapat 101 buah katil ICU untuk pesakit COVID-19 di negeri ini yang terdiri daripada 69 katil di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala 32 katil lagi di Hospital Kepala Batas (HKB).
Pulau Pinang kini mencatatkan penurunan jumlah kes jangkitan virus itu kepada tiga angka dan di bawah jumlah 600 sejak dua hari lepas.
"Mengikut laman sesawang COVIDNOW, terdapat trend penurunan kadar penggunaan katil ICU di Pulau Pinang iaitu kepada 83.3 peratus. Bagaimanapun, kita mesti terus berwaspada dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan garis panduan ditetapkan walaupun sekatan jalan raya (SJR) bagi daerah serta negeri telah dimansuhkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sekiranya terdapat keperluan pertambahan katil ICU, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk membuka empat lagi katil ICU di HPP dan empat katil di Hospital Medan di HPP secara berperingkat.
Chow berkata penempatan 10 katil ICU di Hospital Medan HKB sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan ini.
"Dengan trend penurunan kes di ICU serta penambahan bilangan katil ICU sebagaimana dirancang, diharap ia akan dapat mengurangkan kadar penggunaan katil ICU ke paras 50 peratus bagi membolehkan Pulau Pinang beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Kadar penggunaan katil ICU di Pulau Pinang menunjukkan trend penurunan selaras dengan jumlah kes positif COVID-19 yang berkurangan. - Gambar fail
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
AWANI Ringkas: Pendatang asing tanpa izin | Kekecohan di Wisma Transit
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hanya 0.2 peratus jemaah haji berada di pusat rawatan - Syed Saleh
Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH).
Kes influenza meningkat, wad kanak-kanak hampir sesak
Peningkatan kes ILI dan URTI memerlukan kanak-kanak tersebut mendapatkan rawatan di wad-wad hospital kerajaan.
Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.
COVID-19: Hanya 185 kes baharu dalam kategori tiga hingga lima
Sebanyak 24,056 kes dalam kategori satu dan dua, menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 3,951,678.
COVID-19: Penggunaan katil ICU di Johor, Kuala Lumpur lepasi 50 peratus
Kuala Lumpur dan Johor kini menunjukkan peratusan penggunaan katil ICU melepasi 50 peratus.
Terus kerja dari rumah, bergilir ke pejabat cegah COVID-19 di tempat kerja - KJ
Pihak majikan digalakkan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (BDR) atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat bagi mewujudkan persekitan tempat kerja yang selamat.
COVID-19: Penggunaan katil, ICU di Peru meningkat
Hospital EsSalud Alberto Sabogal dilaporkan penuh, sementara pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator juga semakin meningkat.
COVID-19: KJ beri amaran kemasukan ke hospital makin meningkat
kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.
COVID-19: Angka kematian kekal di bawah 100, 19 BID
Setakat Jumaat, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 adalah 1.2 peratus daripada keseluruhan 2,371,973 kes positif.
COVID-19: Kadar penggunaan katil ICU P.Pinang dalam trend penurunan - Chow
Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Pulau Pinang menunjukkan trend penurunan selaras dengan jumlah kes positif COVID-19 yang berkurangan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.