KUALA LUMPUR: Hampir kesemua kawasan di Semenanjung berada dalam zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter rasminya berkongsi situasi semasa daerah-daerah di seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19.



Hanya empat daerah berada di dalam zon kuning, iaitu di Sik, Gua Musang, Kemaman dan Rompin.

Manakala lapan daerah lagi berada di dalam zon jingga.

Ia termasuk Kangar, Padang Terap, Hulu Terengganu, Maran, Cameron Highlands, Mersing, Tampin, Kampar dan Perak Tengah.

Di Sarawak, masih terdapat tiga daerah dalam zon hijau manakala di Sabah, 8 daerah berada di dalam zon hijau.

Beliau menggesa orang ramai agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan duduk di rumah.