Bagi membendung penularan Covid-19 sekali gus membentuk imuniti berkelompok (Herd Immunity), kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi Malaysia diberikan suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM. Berikut adalah Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia
Terdapat lima tahap atau kategori jangkitan melibatkan pesakit Covid-19. Berikut adalah data pesakit baru yang disahkan positif berdasarkan kategori-kategori tersebut;Nota: Kategori 1 merujuk kepada keadaan pesakit yang tidak bergejala; bergejala ringan (kategori 2); jangkitan paru-paru (kategori 3); jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen (kategori 4); serta jangkitan paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan (kategori 5).