Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan dalam dunia peruncitan, sekali gus mewujudkan cabaran kepada sektor e-dagang.
Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Kumpulan QI Vijay Eswaran berkata peruncit dalam talian, rantaian bekalan dan pengurusan pesanan menerima cabaran apabila menerima lonjakan pesanan dan pertumbuhan pendapatan tiga angka.
"Kini, perniagaan perlu mula memberikan tumpuan dalam memanfaatkan situasi seumpama ini.
"Beberapa penganalisis Wall Street yakin dengan mengambil kira lebih ramai orang yang kini berada di rumah, ia akan merangsang pertumbuhan e-dagang secara umumnya dalam jangka masa sederhana," katanya kepada Traxxfm dan Bernama.
Beliau berkata memandangkan pengguna akan lebih banyak bergantung kepada perkhidmatan e-dagang pada pasca COVID-19, penggunaan digital akan membantu perniagaan mengimbangi risiko dengan dekat kepada pelanggan, menyediakan keperluan pelanggan sambil menjaga penjarakan sosial.
Vijay berkata arahan untuk terus berada di rumah mungkin akan ditamatkan, namun, sebelum ia berakhir, jutaan pengguna telah mewujudkan dan memperkukuh tingkah laku pembelian dan tabiat mereka yang baharu secara dalam talian, dan menurutnya ramai yang enggan meneruskan kaedah membeli belah tradisional kerana bimbang dijangkiti penyakit.
Beliau berkata pengguna hari ini lebih berminat untuk berada di rumah dan membeli belah dalam talian, dan ini mewujudkan suasana pasaran yang ideal kepada syarikat untuk mempercepat, menguji dan melancarkan aplikasi mudah alih, laman web dan titik sentuhan berpandukan pengalaman baharu di semua platform mereka.
"Bagaimana mereka memilih untuk memberi maklum balas akan menentukan masa depan e-dagang. Ramai memilih untuk menukar daripada pelanggan sekali-sekala kepada pelanggan paling setia," katanya.
Vijay turut menegaskan bahawa usahawan perlu kreatif untuk menjamin masa depan perniagaan mereka, melayani pelanggan dan mengekalkan rantaian bekalan yang kukuh berikutan pembeli telah mengubah keutamaan mereka dari segi apakah yang ingin dibeli dan yang mereka ada.
"Saya lihat syarikat-syarikat terkemuka membuat kelainan berbanding pesaing mereka berdasarkan pengalaman yang diberikan kepada pelanggan.
"Pengalaman dirasai secara unik dan mereka berkembang daripada back-office seperti pengeluaran dan rantaian bekalan kepada pengalaman front-office melalui pemasaran, e-dagang dan perkhidmatan pelanggan," kata Vijay.
Kumpulan QI Group adalah konglomerat multinasional dalam jualan langsung, hartanah, pendidikan, runcit dan hospitaliti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020

Pandemik COVID-19 telah membawa perubahan dalam dunia peruncitan, sekali gus mewujudkan cabaran kepada sektor e-dagang.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.