Malah, penganjuran program perkhidmatan awam Sarawak termasuk pergerakan dan mesyuarat fizikal juga tidak dibenarkan selama dua minggu berkuat kuasa Sabtu, 17 April 2021.
Keputusan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion susulan situasi semasa COVID-19 dan arahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kelmarin.
Tambah Jaul, mesyuarat masih boleh diteruskan menerusi dalam talian (online).
"Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali atas keperluan mendesak dengan mendapat kelulusan ketua jabatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
![Pekeliling yang dikeluarkan pada Jumaat.](https://img.astroawani.com/2021-04/71618633464_freesize.jpg)