Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 50 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster Benteng Lahad Datu, Sabah pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah kes dalam kluster ini adalah 66 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, daripada jumlah kes positif dalam kluster tersebut, 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara.
Untuk rekod, kluster ini dikenal pasti pada 1 September lalu bermula dari dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.
"Mereka disaring dan didapati positif COVID-19 pada 31 Ogos 2020. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat dijalankan.
"Dalam tempoh tujuh hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif COVID-19 dikesan dengan kadar positiviti sebanyak 4.7 peratus.
"Daripada 66 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya," jelasnya.
Jumlah saringan dalam kluster ini melibatkan;
• 631 orang banduan
• 98 orang kakitangan penjara
• 157 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan
• 78 anggota polis
• 440 orang pegawai agensi kerajaan yang lain
Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan kluster ini melibatkan dua daerah di Sabah. Pecahan saringan mengikut daerah adalah seperti berikut;
i. Lahad Datu (420 orang disaring)
• 50 kes dikesan positif COVID-19 (22 warganegara, 28 bukan warganegara)
• 337 individu negatif
• 33 individu masih menunggu keputusan
ii. Tawau (984 orang disaring)
• 16 kes dikesan positif COVID-19 (8 warganegara, 8 bukan warganegara)
• 230 individu negatif
• 738 individu masih menunggu keputusan
Berdasarkan analisa risiko yang dijalankan, Dr Noor Hisham menjelaskan faktor penularan COVID-19 bagi kluster ini adalah ruang lokap yang sesak dan sempit.
"Didapati penjarakan fizikal sukar diamalkan. Ini merupakan penyumbang utama penularan jangkitan COVID-19 di kalangan banduan.
"Justeru, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah penting dan harus diamalkan
sepanjang masa tanpa mengira tempat," ujarnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon Sep 07 2020
Untuk rekod, kluster ini dikenal pasti pada 1 September lalu bermula dari dua orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu. - Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.
Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Program “Sinar Di Sebalik Tirai Besi” talian hayat kedua banduan
Sinar Di Sebalik Tirai Besi bermatlamat matlamat melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Penjara Wanita Sabah perintis Program WBB bantu banduan - Nancy
Ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
Pengampunan diberi kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 lagi menerima pembatalan hukuman.
Polis sahkan terima laporan kes liwat banduan
Polis mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung banduan didakwa meliwat rakan banduan lain di Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini.
Berhati-hati pilih kawan, jauhi dadah - Bekas penghuni penjara
"Berhati-hati dalam memilih kawan dan jauhi dadah," nasihat seorang bekas penghuni penjara warga emas kepada masyarakat di luar.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.