KUALA LUMPUR: Seramai 328 pesakit COVID-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), manakala 161 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berikut adalah tumpuan kenyataan harian Kementerian Kesihatan (KKM) pada Jumaat:

1. Malaysia merekodkan 3,788 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kepada 408,713 kes.

2. Jumlah kes aktif setakat ini ialah 29,277 kes.

3. Daripada 328 pesakit di ICU, seramai 161 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

4. 14 lagi kes kematian dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,506 kes.

5. Sebanyak 17 kluster baharu turut dikenal pasti membabitkan Sarawak, Sabah, Melaka, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Johor.

BACA: COVID-19: 3,788 kes baharu, Selangor rekod lebih 1,200 kes