ALOR SETAR: Seramai 10 pesakit COVID-19 melibatkan Kluster Telaga 2 yang berpunca dari Wad Nefrologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) meninggal dunia sejak 4 Ogos lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, sehingga semalam, seramai 93 individu dikenal pasti positif membabitkan kluster berkenaan.
Menurut beliau, kluster itu bermula daripada seorang pesakit buah pinggang di Wad Nefrologi HSB yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan sebelum menjalani satu prosedur pada 4 Ogos 2021.
Berikutan itu, siasatan dan saringan kontak rapat dilakukan terhadap pesakit lain dan waris, selain petugas kesihatan serta kakitangan sokongan di wad berkenaan.
"Hasil saringan kemudian mendapati 73 kes positif COVID-19 iaitu membabitkan 32 pesakit Wad Nefrologi, 23 petugas kesihatan, empat pekerja sokongan dan 14 kes waris pesakit," katanya di sini, hari ini.
Dr Othman berkata, dalam kalangan pesakit Wad Nefrologi yang positif, didapati 11 kes tidak bergejala atau kategori satu, dua kes bergejala ringan (kategori dua), satu kes kategori tiga (jangkitan paru-paru), 15 kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan tiga kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan alat pernafasan).
Mengulas lanjut, katanya hanya seorang petugas kesihatan yang positif COVID-19 dimasukkan ke wad bagi pemantauan kerana mengandung dan dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Selain itu, katanya siasatan dan saringan terhadap kontak selanjutnya mengesan 21 lagi kes positif di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik dan Yan.
Dr Othman memaklumkan, bagi membendung penularan COVID-19 di HSB, beberapa tindakan segera telah diambil termasuk menutup Wad Nefrologi sebaik kes pertama disahkan positif dan kemasukan pesakit baharu ke wad itu dihentikan.
"Semua pesakit dipindahkan ke wad COVID-19 secara berperingkat dan wad akan dibuka semula selepas disanitasi.
"Perkhidmatan hemodialisis pesakit luar berjalan seperti biasa, perkhidmatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) pula dipindah ke ruang lain iaitu di Diabetic Resource Center.
"Pesakit nefrologi baharu bukan COVID-19 dimasukkan ke wad bukan COVID-19 lain. Tiada wad atau perkhidmatan lain ditutup berkaitan dengan kluster ini," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Aug 15 2021

Kluster Telaga 2 melibatkan 93 kes positif dengan 10 kematian sehingga kini. - Gambar hiasan/ Bernama

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Pekerja kilang tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas ammonia
Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.

HSB cari waris warga emas meninggal dunia di hospital
Warga emas berkenaan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 3 Sept lepas.

COVID-19: 10 kematian babit Kluster Telaga 2 di HSB
Seramai 10 pesakit COVID-19 melibatkan Kluster Telaga 2 yang berpunca dari Wad Nefrologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) meninggal dunia sejak 4 Ogos lalu.

Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.

Lelaki maut dipukul rakan akibat salah faham
Hasil semakan rekod mendapati suspek dan mangsa sedang menjalani perintah sekatan di atas kesalahan jenayah.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Shahril Hamdan selesai jalani kuarantin, bebas COVID-19
Menerusi akaun Facebook rasmi beliau, Shahril berkata, doktor menasihatkannya untuk banyak berehat di rumah selain memantau keadaan fizikalnya dari semasa ke semasa.

Seorang EXCO Kedah disahkan positif COVID-19 - Jabatan Kesihatan
EXCO berkenaan sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.

HSB kurangkan pembedahan bukan kecemasan, utamakan kes COVID-19
Bagaimanapun pengendalian kes kecemasan berjalan seperti biasa manakala janji temu klinik pakar akan dijadualkan semula.

Bekas jurufoto BERNAMA meninggal dunia
Bekas jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Mansor Mohd Bahrom, 67, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat pendarahan dalaman dan kegagalan organ.