KUBANG PASU: Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di kawasan berbukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini hari ini.
Nor Azelin Mansor, 53, dipercayai pengsan selepas melakukan aktiviti sukan motosikal lasak bersama beberapa orang rakannya sekitar jam 2 petang Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan pada jam 2.09 petang.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Jamal Din tiba di lokasi kira-kira jam 2.37 petang.
"Operasi disertai tujuh anggota dan dua jentera dari BBP Bukit Kayu Hitam selain dibantu penduduk kampung," kata Mohamadul Ehsan.
"Setibanya jentera di kaki bukit dan bantuan kenderaan pacuan empat roda penduduk kampung untuk ke atas bukit pada jarak lima kilometer untuk membantu mangsa yang dikatakan pengsan ketika melakukan aktiviti sukan bermotosikal bersama rakan-rakannya di situ," tambahnya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Mohamadul Ehsan turut berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang menunggu di bawah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sebentar tadi.
Katanya, jenazah Nor Azelin dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
"Saya terkejut ketika dimaklumkan berita ini dan dalam kini perjalanan ke hospital," kata Ahmad Zaini.
"Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Jitra tapi tak pasti waktu untuk pengebumian dilakukan," tambahnya.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 05 2021

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang menunggu di bawah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.