Bekas jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) , Mohd Mansor Mohd Bahrom, 67, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat pendarahan dalaman dan kegagalan organ, semalam.
Isteri arwah, Rosmini Jaafar, 66, berkata Allahyarham yang turut mempunyai penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi dimasukkan ke HSB, Khamis lalu, selepas hampir seminggu berada dalam keadaan tidak sihat.
"Dalam tempoh seminggu ini arwah ada mengalami cirit-birit dan selepas ia berlanjutan, dia dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans. Sejak dimasukkan ke hospital dia berada dalam keadaan separuh kritikal sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.30 tengah hari semalam.
"Jenazah arwah dimandikan di hospital sebelum disolatkan di Surau Taman Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Bukhari pada jam 6 petang," katanya kepada Bernama, ketika ditemui di rumahnya di Taman Aman, di sini, hari ini.
Rosmini, yang merupakan isteri kedua arwah, berkata anak lelaki arwah berusia 42 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun (hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia) yang menetap di Kuala Lumpur sempat pulang untuk berada di samping arwah.
"Arwah mula bekerja di Bernama pada tahun 1973 sebagai penghantar surat sebelum memulakan tugas sebagai jurufoto di ibu pejabat Bernama. Selepas lebih 30 tahun bertugas sebagai jurufoto, dia telah berpencen awal pada 2003.
"Selepas bersara, arwah buka perniagaan kedai foto untuk merakamkan gambar perkahwinan di Shahab Perdana pada 2005 namun hanya mampu beroperasi selama empat tahun kerana arwah tidak berapa sihat.
"Sepanjang menjalankan perniagaan itu, dia banyak mengajar anak-anak muda yang berminat untuk mempelajari ilmu fotografi ," katanya.
Beliau berkata walaupun sedih dengan pemergian arwah, hidup perlu diteruskan dan mereka sepatutnya menyambut ulang tahun perkahwinan ke-22 tahun, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 22 2020

Arwah mula bekerja di Bernama pada tahun 1973 sebagai penghantar surat sebelum memulakan tugas sebagai jurufoto di ibu pejabat Bernama. - BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Peraduan Fotografi peringati Andrei Stenin dibuka, tawar hadiah sehingga RM31,000
Peraduan yang dijalankan kekal sebagai mercu tanda bagi jurufoto profesional di seluruh dunia meraikan integriti dan ekspresi seni.

Sertai peraduan fotografi Anugerah HUAWEI XMAGE 2023 & berpeluang menangi AS$10,000!
HUAWEI P60 Pro, HUAWEI Watch Fit, dan HUAWEI Freebuds 5 pula menanti para pemenang Anugerah HUAWEI XMAGE Malaysia 2023.

Sidek Ali tonjolkan keindahan Tumpat menerusi lensa kamera telefon pintar
Hampir setiap hari Sidek Ali Hassin mengerah keringat di kebun lada solok miliknya di Kampung Tujuh, di sini.

Juruvideo bebas tawar khidmat percuma, bantu golongan terjejas pandemik COVID-19
"Pilihan yang mereka ada ialah berniaga barang atau makanan yang dimasak sendiri. Namun, biasanya mereka tidak mempunyai gambar atau video produk yang cantik."

Akademik, pengalaman dan bakat tingkat kualiti industri kreatif negara - CACE UUM
Kombinasi pengetahuan akademik, pengalaman dan bakat adalah formula terpenting untuk membantu meningkatkan kualiti penghasilan produk dalam industri kreatif tanah air.

Hanya dengan tiru orang, Aizzul berjaya raih pendapatan lima angka
Baginya, untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah tiru setiap tindakan orang yang berjaya dan bukan hanya mendengar kata-kata mereka.

Bekas jurufoto BERNAMA meninggal dunia
Bekas jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mohd Mansor Mohd Bahrom, 67, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat pendarahan dalaman dan kegagalan organ.

Terbaik dalam fotografi dan kesalinghubungan: HUAWEI P40 kini boleh didapati di Celcom serendah RM49 sebulan!
Dengan kerjasama HUAWEI, Celcom menawarkan peluang hebat ini kepada pengguna untuk membeli telefon pintar siri P40 tanpa bayaran pendahuluan.

Kisah di sebalik foto 'dua ekor tikus bergaduh' yang menang anugerah
Sam Rowley menghabiskan masa kira-kira seminggu, singgah ke beberapa platform stesen kereta api untuk mendapatkan foto berkenaan.

SK20: Dua dekad pemergian si genius filem
Genap 20 tahun dunia perfileman kehilangan seniman sejati dengan karya menjentik minda masyarakat. Stanley Kubrick tidak mahu kaya dengan membikin filem, dia cuma mahu bercerita.