Kerana cinta dan kasih seorang penjawat awam wanita di sini sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang simpanannya untuk diberikan kepada seorang 'jurutera' di London.
Tidak cukup dengan itu, beliau yang berusia 33 tahun meminjam pula wang daripada pelbagai sumber kononnya untuk perbelanjaan makan minum, rawatan ibu dan pembiayaan projek pembinaan jurutera itu.
Namun, wanita itu menyedari dirinya ditipu dengan janji manis oleh lelaki tersebut setelah mendapati gambar digunakan oleh suspek adalah palsu apabila membuat semakan menerusi aplikasi Google.
Percintaan jarak jauh itu telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM370,500.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Sarawak Supt. Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pada 12 tengah hari tadi.
"Beliau telah berkenalan dengan lelaki tersebut secara dalam talian menggunakan aplikasi Tantan pada bulan Ogos 2018," katanya.
Menurut Mustafa, mangsa telah memasukkan wang terbabit ke akaun berbeza mulai Ogos 2018 sehingga Januari tahun ini.
Beliau yakin pihaknya akan dapat mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dan akan mengheret mereka ke muka pengadilan.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak mudah menyerahkan wang ringgit kepada orang yang tidak dikenali atas apa alasan sekalipun.
Mustafa berkata, "Dalam sesetengah kes melibatkan orang yang dikenali pun cukup susah untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan, apatah lagi yang langsung tidak diketahui asal usul sebenarnya."
Menurut beliau media sosial adalah alat atau "umpan" paling mudah untuk menipu sesiapa yang tidak peka dan tidak mengambil tahu tentang jenayah penipuan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2019

Percintaan jarak jauh itu telah menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM370,500.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Cinta ditipu 'jurutera London', seorang wanita kerugian lebih RM300,000
Kerana cinta dan kasih seorang penjawat awam wanita di sini sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang simpanannya untuk diberikan kepada seorang 'jurutera' di London.