Pihak berkuasa Perancis dan organisasi media di seluruh dunia digesa mengutuk majalah satira Perancis 'Charlie Hebdo' kerana menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.
Gesaan itu dibuat Pengerusi Biro Publisiti MCA Senator Datuk Chai Kim Sen.
"MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang seringkali dipaparkan majalah berkenaan), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.
"Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi baru-baru ini disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac tahun lepas.
Chai berkata majalah Perancis itu sebaliknya perlu bersimpati dan memahami kesedihan yang dialami sanak saudara dan sahabat handai 239 penumpang serta anak kapal terbabit.
Bernama
Sun Aug 09 2015

CHAI: Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan. -Gambar fail

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

'Charlie Hebdo' patut dikecam kerana menghina mangsa MH370 - MCA
Majalah satira Perancis itu tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan.