MELAKA: Usaha membimbing pelajar menghasilkan video berbentuk dakwah dan kerohanian menjadikan seorang guru bukan Islam dipilih Jawatankuasa Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Melaka sebagai penerima Anugerah Tokoh Abdullah Uraiqith pada tahun ini.
Guru bimbingan dan kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Chan Chin Ho, 41, berkata, sebagai guru, perbezaan agama bukanlah satu penghalang namun menganggap agama itu sebagai titik penyatuan dan perpaduan kaum.
Menurutnya, sebagai guru kaunseling sudah pasti dia perlu prihatin dengan keadaan pelajar terutama mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 selain menjadi perantaraan penyerahan peranti di bawah program cerdik kepada kira-kira 50 pelajar yang tidak berkemampuan agar mereka tidak tercicir mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Terima kasih atas penghargaan ini oleh kerajaan negeri Melaka.
"Anugerah ini memberikan semangat kepada saya untuk terus membantu pelajar terutama pelajar beragama Islam bagi mengikuti program-program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sementara itu pengurus jenazah pesakit COVID-19 Hospital Melaka, Hasnul Hussien,52, menzahirkan rasa terharu kerana diberikan penghargaan menerima Anugerah Abu Thalhah.
Menurutnya, selama lebih 15 tahun menguruskan jenazah, dia mengakui menguruskan jenazah pesakit COVID-19 merupakan satu cabaran besar lebih-lebih lagi perlu memakai perlindungan diri (PPE) dalam bilik kecil dan bahang.
"Bagi saya apa jua kerja dan tugas yang kita lakukan, buatlah seikhlas hati tanpa mengharapkan penghargaan dan sebagainya," katanya.
Sembilan individu menerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul termasuk Pengerusi Kluster Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Rahimin Bani yang menerima Tokoh Muhamad Al-Fateh manakala bekas Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sharul Lalli Masduki menerima anugerah Tokoh Umar Abdul Aziz.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Guru bukan Islam terima anugerah tokoh Maulidur Rasul
Sinar Harian
Tue Oct 19 2021

Chin Ho (depan, kanan) ketika menerima anugerah Tokoh Abdullah Uraiqith yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Bukit Palah, pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Chan Chin Ho terima anugerah tokoh Maulidur Rasul
Chan Chin Ho, 41, berkata, sebagai guru, perbezaan agama bukanlah satu penghalang namun menganggap agama itu sebagai titik penyatuan dan perpaduan kaum.