KUALA LUMPUR: China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.
Jelasnya, apa yang dilakukan China adalah mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Berdasarkan maklumat diperolehi, ia adalah rutin latihan biasa yang dilakukan tentera udara China di perairan selatan atau Kepulauan Spratly, tidak menyasarkan mana-mana negara.
"Sewaktu latihan itu, tentera udara China patuh kepada peruntukan undang-undang antarabangsa dan tidak memasuki mana-mana ruang udara negara lain.
"China telah mengadakan perbincangan dengan pihak Malaysia," katanya.
BACA: Ceroboh ruang udara: Kementerian Luar akan hantar notis bantahan kepada China - Hishammuddin
Sebelum ini, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China berhubung 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang menceroboh ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, pada Selasa.
Beliau menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai 'pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia'.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Luar akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan berhubung pencerobohan itu.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 03 2021
![Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622554764_TUDMCEROBOHCHINA.jpg)
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pesawat terbabit tidak memasuki ruang udara Malaysia, sebaliknya ia merupakan rutin latihan.- Foto TUDM
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009614_anwarrahman.jpg)
Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.
![Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007308_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
![Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.
![Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007969_DzulkeflyAhmad.jpg)
Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730563382_MohammadHAlMomani.jpg)
Jordan beri amaran peningkatan ketegangan serantau, terus lindungi sempadan - Momani
Angkatan Tentera Jordan-Tentera Arab (JAF) akan menggunakan semua keupayaannya untuk melindungi negara dan memastikan keselamatan rakyatnya.
![Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622554764_TUDMCEROBOHCHINA.jpg)
Ceroboh ruang udara: China pertahan tindakan 16 pesawat tenteranya
China hari ini mempertahan tindakannya selepas 16 pesawat tenteranya didakwa menceroboh ruang udara Malaysia.
![Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622626386_DrNoorNirwandy.jpg)
Ceroboh ruang udara: Ketegasan kerajaan beri kelegaan kepada rakyat - Penganalisis
Tindakan pantas kerajaan memberikan kelegaan pada rakyat negara yang jelas agak bimbang dengan keadaan pencerobohan ruang negara atau zon maritim negara baru-baru ini.
![TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622554764_TUDMCEROBOHCHINA.jpg)
TUDM sahkan 16 pesawat tentera China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia
Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.