BERKEPUL asap rokok keluar dari mulut Juhan Johari yang sedang duduk di beranda rumahnya.
Dia sedang membunuh masa menunggu tiba waktu masuk kerja sebagai pengawal keselamatan di SMK Seri Serating jam lapan malam nanti.
Juhan tinggal tidak jauh dari situ di Kampung Alor Tembusu, salah satu kampung di Merchang, kawasan dalam daerah Marang, Terengganu.
Hampir 20 tahun dia menetap di kampung itu bersama isteri dan tujuh anaknya. Sejak setahun lepas, dia menjaga ibunya berumur 74 tahun yang uzur.
"Jemputlah masuk. Akak, tolong buatkan air, ada tetamu ni," katanya yang berkain pelikat dan kemeja t berkolar menyambut kehadiran kami.
"Surut dah banjir. Selasa kami dah balik ke rumah, bersihkan selut semua."
Benar, tidak kelihatan lagi selut dan apatah lagi sisa-sisa sampah bawaan banjir pada rumahnya. Namun masih kelihatan bekas paras air pada dinding.
Sejak setahun lepas, Juhan Johari menjaga ibunya berusia 74 tahun yang uzur. Ketika banjir memuncak tempoh hari, ibunya dibawa keluar rumah dengan bot bantuan JKM - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
Ketika banjir memuncak tempoh hari, katanya air naik hingga paras dada sehingga memasuki bahagian utama rumahnya yang tinggi daripada tanah.
"Pagi itu (Sabtu) saya nak pergi ke Marang, ketika itu air baru paras buku lali dalam pukul 6. Dua jam kemudian saya balik, air dah paras peha.
"Maknanya air bukit turun deras. Masa itu hujan lagi tapi tak berapa lebat. Kebetulan air belum pasang, kalau tak saya ingat lagi tinggi air," cerita lelaki berusia 47 tahun itu.
Belakang rumah Juhari ada sebatang parit yang berhubung dengan Sungai Merchang. Limpahan air parit itulah, ditambah hujan berterusan menyebabkan banjir di kawasan itu yang berlarutan hingga tiga hari.
Selama tempoh itu, dia sekeluarga bermalam di pusat penempatan sementara (PPS) di SMK Merchang, salah saru daripada tiga PPS yang dibuka untuk menempatkan sekitar 300 orang mangsa banjir yang lain bagi mukim itu.
"Bila air dah naik tinggi, kami terpaksa tunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membawa mak saya ke pusat pemindahan."
Sebuah sampan memang sentiasa tersedia di luar rumah Juhan Johari untuk persediaan banjir - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
Namun, ia bukanlah kali pertama Juhari mengharungi situasi itu.
Tiap kali tiba musim tengkujuh, begitulah rutinnya.
"Sini memang mudah banjir. Kalau hujan pun banjir, kalau air pasang di laut pun boleh jadi banjir kalaupun hujan sikit-sikit.
"Barang-barang dalam rumah rosak habis, itu masalahnya. Barang-barang perabot, katil-katil habis buang, campak ke tempat api. Begitulah tiap-tiap tahun," keluhnya.
Mahu tak mahu, sebahagian besar simpanan hasil pencarian bersama isterinya yang juga pengawal keselamatan sekolah terpaksa digunakan.
Setiap tahun, dua hingga tiga ribu ringgit pasti akan melayang untuk mengganti dan membaiki perabot serta bahagian rumah yang rosak.
Biarpun sudah beberapa hari air bah surut, banyak lagi perabut dan barang kepunyaan yang disusun di bahagian tinggi di dalam rumah masih tidak dikemas.
Dia masih khuatir, kalau-kalau banjir datang lagi.
Banjir yang saban tahun mendatang menyebabkan struktur rumah Juhan Johari rosak - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
Terdengar guruh, Juhan mengalih pandangannya ke langit. Petang yang tadinya cerah sudah semakin mendung. Gumpalan awan gelap menutup ruang langit, tanda mahu hujan.
"Tengok, nak hujan lagi," katanya bersahaja.
Mengharung masalah sama setiap tahun, dia sudah alah bisa tegal biasa.
Tapi mengikut pemerhatiannya, air membanjiri rumahnya serta kawasan rendah sekitar kampung itu disebabkan muka kuala Sungai Mechang yang sempit.
Juhan Johari menunjukkan arah Sungai Merchang dari rumahnya yang membawa air besar sehingga menyebabkan banjir di kampungnya - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
"Kalau kuala Sungai Merchang ni OK, air pasang naik pun sekejap sahaja dia boleh turun balik. Masalahnya air yang turun dari hulu lambat keluar ke laut.
"Kalau boleh mintalah JKM buatkan parit yang molek di kampung ni. Air tak boleh mengalir. Kita tak mampu. Itu sana pun ada saya korek sendiri parit tapi tak habis.
"Kita kalau musim hujan datang dengan keadaan kuala yang tak berapa molek, memang rasa tak senang."
Bunyi guruh lagi. Tidak lama kemudian kedengaran atap zink rumahnya berbunyi menandakan hujan sudah turun.
Pada zahirnya Juhan nampak tenang. Namun rasa yang bersimpul di hatinya tak siapa tahu.
"Risau itu memang risau lah, tapi sebab dah biasa dengan air (hujan & banjir) semua, ia jadi tak besar mana kerisauan itu. Memeang tiap-tiap tahun kita jangka akan banjir dan kena pindah. Kita sedia lah apa yang patut.
"Kalau nak kira memang tak nak lah ada banjir lagi, memang susah. Tapi nak buat macam mana."
Juhan Johari merenung nasibnya setiap kali banjir melanda kampungnya - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
Hujan semakin melebat. Air kelihatan mula bergenang di laman rumahnya tak sampai setengah jam hujan bermula tadi. Berselang bunyi guruh dan pancaran petir.
Juhan menyalakan sebatang lagi rokok. Sambil menghembus asap, dia merenung jauh ke balik awan yang menggelap.
Mengharap ada sinar mentari, membawa khabar gembira hujan akan berhenti tak lama lagi.
Israr Khalid
Mon Jan 09 2017
Di rumah ini Juhan Johari tinggal bersama isteri dan tujuh anaknya. - Gambar Astro AWANI/ Israr Khalid
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Banjir: 66 mangsa dipindahkan ke PPS di Perak, dua sungai di Kelantan pada paras berjaga-jaga
Kesemua mangsa dari Kampung Simpang Halt yang terjejas berlindung di PPS berkenaan sejak 10 malam tadi.
Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya
Semua mangsa di daerah Marang telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan banjir telah surut.
Situasi banjir Terengganu tidak banyak berubah
Situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa terjejas sebanyak 2,579 orang setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun
Kesemua mangsa di Dungun, Setiu dan Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang tadi memandangkan air telah surut.
Hampir 20 buah kampung di Pasir Mas dijangka alami banjir Jumaat ini - JPS
Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan berkenaan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.