KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya pucuk pimpinan negara melakukan diseksi atau pengasingan khusus, terhadap skop dan limitasi pembabitan kuasa politik dengan tugas penjawat awam.
Demikian pandangan penganalisis Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Datuk Mohd Fadzil Abd Rahman, susulan pendedahan dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini.
"Sudah tiba masa diulang kembali saranan pernah dibuat sebelum ini, supaya pemilihan dan cadangan calon untuk diangkat ke jawatan strategik dan tertinggi, seharusnya dilakukan badan bebas diwakili pelbagai latar belakang, dan tidak seharusnya terikat dengan mana-mana dukungan politik.
"Selagi ia tidak dilaksanakan, selama itulah kemelut pertikaian antara kuasa politik dan tugas ketua jabatan dilantik, dengan jabatan, akan menghadapi dilema sama tanpa kesudahan," katanya.
Beliau yang merupakan Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS berkata demikian menerusi tulisannya bertajuk 'Halang campur tangan politik elak kemelut perebutan kuasa' di akhbar portal BH Online hari ini.
BACA: Suruhanjaya Pasukan Polis: Pinda dahulu Perlembagaan - Dr Shamrahayu
BACA: KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM
BACA: "Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin
Mohd Fadzil berpendapat, kuasa politik seharusnya lebih melihat kepada aspek dasar, hala tuju dan strategi yang ingin disasarkan, sesuai dengan kedudukan diberikan.
"Soal urusan pentadbiran, susun atur penempatan kakitangan dan cadangan kemajuan kerjaya sebaiknya tidak usah dicampuri.
"Berilah ruang dan hak untuk ketua dilantik diberikan peluang untuk melaksanakan tugas hakikinya.
"Hanya sekiranya berlaku pertikaian bagi kes benar-benar didapati mempunyai merit untuk dipertikaikan, di sinilah kehadiran dan campur tangan orang politik dalam pentadbiran dirasakan perlu," tulis beliau lagi.
Katanya, peranan ahli politik boleh dihadkan kepada bertindak sebagai penimbang tara terhadap satu-satu isu atau kes, bukan mentadbir urus secara mikro.
Perkara ini, kata Mohd Fadzil, telah dilaksanakan di sesetengah kementerian, tetapi, "sering kedengaran, tanpa sebab musabab kukuh, ada kalanya keputusan badan bebas sepatutnya bebas itu dipatahkan dengan hanya menggunakan kuasa politik."
Di sinilah, katanya, isu persempadanan skop tugas dan aspek pengagihan kuasa selayaknya diberikan perhatian amat mendalam.
"Tidak sepatutnya hak ketua dilantik untuk menguruskan jabatan di bawah kelolaannya itu boleh dijentik ketepi kerana kuasa politiknya sahaja," tambahnya.
Mohd Fadzil berkata, pendedahan terbuka dan telus oleh Abdul Hamid itu bukan sesuatu yang baharu.
"Sudah banyak kedengaran sebelum ini, pembabitan kuasa politik dalam pentadbiran perkhidmatan awam yang ada kalanya seolah-olah tidak bersempadan lagi.
"Ia pernah dan sedang berlaku sehingga tidak dapat dibezakan lagi antara peranan ketua dilantik dengan peranan ahli politik.
"Dalam kata lain, apabila soal pentadbiran rutin harian termasuk pertukaran kakitangan turut dicampuri secara 'tadbir mikro', tidak hairanlah isu yang sedang hangat diperkatakan itu mengundang banyak percakaran dalaman."
Astro Awani
Sun May 02 2021
![Campur tangan politik: Asingkan skop tugas dan agihan kuasa - Penganalisis Campur tangan politik: Asingkan skop tugas dan agihan kuasa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619930188_ProfDatukMohdFadz.jpg)
Mohd Fadzil berkata, peranan ahli politik boleh dihadkan kepada bertindak sebagai penimbang tara terhadap satu-satu isu atau kes, bukan mentadbir urus secara mikro. - Foto UNIMAS
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723789875_penjawatawam.jpg)
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
![Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
![Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647775921_DatukSeriMohdShaf.jpg)
Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA
Sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
![Audit: Ketua Jabatan perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai lakukan kesalahan Audit: Ketua Jabatan perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai lakukan kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/81583401483_TBas.jpg)
Audit: Ketua Jabatan perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai lakukan kesalahan
Tindakan itu juga bakal menjadi satu amaran selain pengajaran buat pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.