Esok pastinya tarikh yang ditunggu-tunggu calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 kerana mereka boleh mula menyemak keputusan di sekolah masing-masing bermula 12 tengah hari.
Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Mohd Fauzi Mohd Kassim, mereka juga mempunyai alternatif iaitu menyemak melalui sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM Result dan hantar ke 15888, atau melalui portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my
Bagi calon persendirian pula, Mohd Fauzi berkata, mereka akan menerimanya melalui pos.
Seramai 43,042 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 buah pusat di seluruh negara.
Sebanyak 42,694 orang (99.19 peratus) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47 peratus) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32 peratus) calon persendirian dan lapan orang (0.02 peratus) ialah calon sekolah kerajaan negeri.