IPOH: Kerajaan Negeri Perak bakal mengenakan bayaran tambahan berjumlah RM3 untuk Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di Perak bermula 1 Jan 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching berkata caj baharu itu tertakluk kepada bilik penginapan berbayar untuk setiap malam selain termaktub di bawah Enakmen Hotel 2023 yang diluluskan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tahun lepas.
Beliau berkata bagaimanapun caj seumpama itu telah dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama dan tafsiran berlainan.
"Tarikh kuat kuasa pelaksanaan bayaran ini ditangguhkan ke 1 Jan 2025 bagi menghargai kedatangan pengunjung yang memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 sehingga hujung tahun ini," katanya pada sidang media berkenaan perkara itu di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Halizah Sipun.
Sandrea berkata caj yang dikenakan terhadap para pengunjung itu merupakan inisiatif tambahan yang dilihat berpotensi membantu kerajaan negeri meningkatkan mutu perkhidmatan khususnya di pelbagai lokasi pelancongan di Perak.
Selain itu, beliau berkata pelaksanaan penyeragaman Lesen Hotel di bawah Enakmen Hotel 2023 ditetapkan bermula 1 Julai depan yang menghendaki setiap pengusaha hotel, rumah rehat, chalet, inap desa, rumah bot dan sebagainya mendapatkan lesen berkenaan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum mengenakan caj CPT kepada pelancong.
"Bagi memberikan tempoh yang mencukupi untuk sesi libat urus dan pendidikan kepada kumpulan sasar, kerajaan bersetuju untuk memberikan tempoh pemutihan selama setahun sehingga 30 Jun 2025.
"Dalam tempoh ini kita hanya berikan nasihat kepada mereka dan tiada tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha yang belum mendaftar dan memohon," katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap semua pengusaha premis penginapan segera mengemukakan permohonan dan lesen daripada PBT di kawasan masing-masing bagi melancarkan pengoperasian perusahaan yang dijalankan.
Meskipun penguatkuasaan lesen tersebut ditangguh, peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam enakmen berkenaan tetap perlu dipatuhi, tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Sandrea berkata caj baharu itu tertakluk kepada bilik penginapan berbayar untuk setiap malam selain termaktub di bawah Enakmen Hotel 2023.- Gambar fail/Bernama
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Caj CPT dikenakan kepada pengunjung menginap di Perak mulai tahun depan
Kerajaan Negeri Perak bakal mengenakan bayaran tambahan berjumlah RM3 untuk Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) bagi pengunjung yang menginap di Perak bermula 1 Jan 2025.