KUALA LUMPUR: Cadangan menamakan inidividu lain selain Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, disifatkan sebagai sekadar usaha memecahbelahkan Pakatan Harapan.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tindakan mencurigakan umpama 'sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau' mestilah dijauhkan dalam gabungan itu.
Serentak itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu itu turut mencadangkan agar golongan anak muda AMK yang berpotensi perlu segera dikedepankan terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 bagi meneruskan kelangsungan perjuangan PKR.
"Ini perlu diambil serius oleh kepimpinan parti terutama sekali untuk mendapatkan kembali kerusi-kerusi yang dikhianat dan menawan kerusi yang belum dimenangi. Pemilihan calon perlulah lebih ketat, individu yang diragui kesetiaan kepada perjuangan reformasi ini perlulah ditolak sama sekali.
"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya dalam ucapan dasar persidangan tahunan AMK Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang mengambil tema 'Mendukung Prinsip, Mempertahan Demokrasi', diadakan secara maya hari ini.
Akmal turut mencadangkan agar bendera PKR menjadi logo mewakili PH dalam menghadapi PRU yang akan datang sebagai usaha menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat.
Beliau turut menyentuh soal pengurusan impak COVID-19 yang antara lain mencadangkan agar kemudahan moratorium tanpa caj faedah kepada peniaga kecil sekurang-kurangnya untuk tempoh lima bulan, mengembalikan subsidi upah dan kemudahan pinjaman modal serta bantuan 30 sehingga 50 peratus daripada jumlah sewaan tapak perniagaan.
"Menteri juga sepatutnya mempertimbangkan cadangan AMK agar pasukan petugas rentas parti yang turut melibatkan Ahli Parlimen PH yang sehingga hari ini masih belum terjadi," katanya.
Persidangan AMK hari ini dijadual melibatkan 14 pembahas yang dijangka menyentuh isu kerjasama parti-parti pembangkang, pandemik wabak COVID-19, program vaksinasi kebangsaan, masalah ekonomi anak muda serta pendidikan dalam fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021
Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tindakan mencurigakan umpama 'sebelah tangan bersalam dan sebelah tangan lagi memegang pisau' mestilah dijauhkan dalam gabungan itu. - Gambar fail BERNAMA
31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
AWANI 7:45 [13/1/2025] – Tidak Ada Sijil Halal | Bukit Aman Siasat KJ | JPJ Gempur Puspakom | Makin Buruk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.