Ringkasan AI
- Kerajaan Kelantan memerlukan RM445.748 juta untuk kos pengambilan balik tanah bagi pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok.
- Tembok ini akan membantu membanteras jenayah penyeludupan dan mengatasi masalah banjir di kawasan sepanjang 99 kilometer di Sungai Golok, sekali gus memberi impak positif kepada ekonomi negeri.
- Cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir sedang diteliti oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan akan dimuktamadkan kemudian.
Beliau berkata cadangan pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir berkenaan sangat relevan untuk ekonomi negeri.
"Pembinaan tembok sempadan Malaysia-Thailand mampu menangani dan membanteras jenayah penyeludupan serta mengatasi masalah banjir di kawasan Sungai Golok iaitu sepanjang 99 kilometer," katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan meneliti cadangan pembinaan tembok keselamatan banjir berkenaan, dan ia akan dimuktamadkan di peringkat MKN.
-- BERNAMA