Kerajaan negeri hari ini mengarahkan jalan di Batu Maung, dekat sini dibuka kepada orang awam dan cadangan lencongan jalan yang disyorkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini dihentikan serta-merta.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata pihaknya turut mengarahkan kerja konkrit bagi pembinaan penghubung jalan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 390 meter dihentikan buat sementara waktu atas alasan keselamatan pengguna jalan raya.
Berikutan itu, katanya jalan di kawasan itu ditutup kepada orang awam bermula pukul 11 malam hingga 5.30 pagi mulai Selasa untuk kerja susulan pembinaan penghubung jalan itu yang tidak melibatkan pembinaan konkrit dan berisiko rendah.
"Tentu sekali apa yang berlaku semalam adalah satu kesesakan trafik paling teruk dalam sejarah Pulau Pinang.
"Selepas melihat keadaan pada waktu puncak iaitu keadaan pada waktu pagi dan petang di mana tidak ada sebarang penambahbaikan, kerajaan negeri bersama JKR membuat keputusan segera menghentikan cadangan ini (cadangan lencongan trafik) dan membuka semula jalan di Batu Maung," katanya.
Semalam, pengguna jalan raya di Pulau Pinang terutama di sekitar kawasan Bayan Lepas dan Bayan Baru terperangkap dalam kesesakan yang teruk berikutan penutupan sebahagian Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Kesesakan lebih tiga jam pada waktu puncak di sebelah pagi menyebabkan orang ramai tiba lewat di pejabat dan sekolah, malah terdapat aduan menyatakan ada yang terlepas penerbangan.
Mulai Sabtu lepas, sebahagian Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di antara persimpangan hilir Sungai Keluang 1 dan Lebuhraya Kampung Jawa, ditutup lima bulan bagi membina struktur jambatan bertingkat merentasi Sungai Keluang untuk projek Bayan Lepas Expressway (BLE) yang akan menghubungkan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Berikutan penutupan itu, kenderaan yang berulang-alik dari Jambatan Pulau Pinang ke lapangan terbang di Bayan Lepas dinasihat menggunakan Jalan Tun Dr Awang, manakala kenderaan dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke lapangan terbang dan George Town serta sebaliknya, dinasihat menggunakan Jalan Permatang Damar Laut.
Lim berkata kerja pembinaan konkrit sepanjang 390 meter boleh dijalankan semula selepas JKR menghantar pelan audit keselamatan dan diluluskan jurutera perunding yang dilantik kerajaan negeri.
"Buat sementara waktu, kerajaan negeri amat bimbang tentang keselamatan pengguna jalan raya apabila kerja konkrit diadakan di atas perentang khas di kawasan Batu Maung.
"Oleh itu untuk waktu ini kerajaan negeri arahkan kerja untuk membina tidak boleh dijalankan sehingga satu penilaian bebas dijalankan jurutera perunding yang dilantik kerajaan negeri tetapi kos dibiayai oleh UEM
Builders (kontraktor terlibat)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Cawangan Jalan JKR, Datuk Dr Hasnul Mohamad Salleh berkata pihaknya akan mengemukakan pelan audit keselamatan itu kepada kerajaan negeri esok.
"Pembinaan perentang khas itu risikonya amat tinggi kerana beban yang begitu berat. Jadi kita bimbang jika kita teruskan kerja dan pada waktu yang sama jalan dibuka kepada orang ramai ia akan membahayakan pengguna.
"Selagi tiada pertimbangan daripada kerajaan negeri, kami tidak boleh meneruskan kerja untuk bahagian perentang khas itu. Kita nak siapkan projek ini keraan jika projek ini tidak siap pada Januari tahun depan kita
akan menghadapi masalah," katanya.
Bernama
Tue Aug 18 2015

Kerajaan negeri mengarahkan jalan di Batu Maung dibuka dan cadangan lencongan jalan yang disyorkan oleh JKR dihentikan serta-merta. -Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).

Banjir: 32 jalan ditutup di Terengganu
Kesemua jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan setelah dilimpahi air melebihi kedalaman 0.76 meter.

Tragedi ‘water rafting’: Ikram sempat hantar video kepada ibu sebelum lemas
Seorang mangsa tragedi 'water rafting' di Sungai Jahang, Gopeng, sempat menghantar rakaman video kepada ibunya menunjukkan keadaan paras air sungai yang tinggi.

Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan 'sakit' di Sarawak
Hanya ada dua projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

MAHB sahkan insiden lubang benam, tiada kerosakan harta awam dilaporkan
MAHB telah menutup kawasan tersebut dan sedang melakukan penilaian terhadap insiden itu.

Lubang benam sedalam satu meter dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
Anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.

Tanah jerlus Masjid India: JKR diarah beri bantuan teknologi - Nanta
Walaupun kejadian berlaku di kawasan seliaan Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL, namun kementerian sentiasa memberikan kerjasama memandangkan ia adalah kejadian bencana.