KUALA LUMPUR: Persediaan awal yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam berdepan dengan peningkatan kes COVID-19 dan kebarangkalian penularan jangkitan cacar monyet dalam negara tidak memungkinkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun kawalan sempadan negara.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata setakat ini jangkitan cacar monyet dan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara masih terkawal.
"Dari laporan KKM tadi semua dalam keadaan terkawal, mereka pantau dengan ada langkah yang mereka telah dan sedang ambil... yang agak merunsingkan sebab banyak negara lain ada peningkatan kes tetapi di Malaysia ada sedikit namun tidak mengganggu usaha yang sedang dibuat untuk mengawal keadaan.
"Tadi juga ada disebutkan tentang cacar monyet namun keadaannya terkawal di Malaysia. Dari penjelasan KKM tadi, mereka sudah bersedia dengan pengalaman lebih dua tahun uruskan pandemik COVID-19 beri mereka banyak pengajaran, mereka sudah ambil segala langkah perlu, kita harap tidak akan berulang semula cerita-cerita dahulu yang sebabkan kita terpaksa kawal sempadan atau kenakan PKP," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kali ketujuh bagi tahun 2022 hari ini.
Muhyiddin berkata, MPN juga berpuas hati bahawa KKM yang telah bersedia menghadapi apa sahaja bentuk kemungkinan sekiranya wabak berkenaan muncul kembali.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, menerusi mesyuarat itu, MPN juga bersetuju dengan saranan KKM bagi mempertingkatkan pengawasan dan advokasi mengenai cacar monyet termasuk mempertingkatkan pengawasan di pintu masuk antarabangsa negara.
Katanya, bagi pengembara yang tiba dari negara-negara yang melaporkan cacar monyet, mereka dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.
"Pengembara bukan warganegara yang tiba dari negara terbabit akan menerima mesej kesihatan pop-naik setiap hari untuk mengingatkan mereka agar memantau gejala jangkitan cacar monyet dan status kesihatan.
"Selain itu, memberikan nasihat kesihatan kepada pengembara Malaysia ke negara-negara yang terdapat kejadian cacar monyet terutamanya di Afrika Tengah dan Afrika Barat,"katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pusat kemudahan kesihatan agar peka dengan situasi semasa cacar monyet serta meningkatkan pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko.
Ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jangkitan cacar monyet kini adalah Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC).
Katanya sebanyak sembilan kes disyaki cacar monyet telah dinotifikasi kepada KKM setakat 23 Julai dan kesemuanya disahkan negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Muhyiddin berkata setakat ini jangkitan cacar monyet dan peningkatan kes COVID-19 di dalam negara masih terkawal. - Gambar/ Bernama
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta
Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.
Malaysia perlu perkukuh keselamatan ASEAN
Malaysia dijangka mengambil pendekatan lebih tegas terhadap isu keselamatan ASEAN pada tahun 2025 Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Mohamed Redza Zakaria.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
Katanya, langkah ini menekankan kedaulatan negara anggota sambil mempercepatkan rundingan Kod Tata Laku Laut China Selatan.
[TERKINI] Ramalan cuaca: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Tiada kes baharu mpox dikesan di Malaysia - KKM
Beliau berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara.
Afrika hadapi wabak mpox yang kritikal, kes melebihi 50,000
Sebanyak 19 negara Afrika melaporkan 50,840 kes mpox, dengan 10,741 kes disahkan dan 1,083 kematian sejak awal tahun ini.
Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO
Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mpox: Rakyat Kelantan pulang dari negara berisiko diminta maklum JKNK
Rakyat Kelantan yang pulang dari negara berisiko termasuk Afrika seperti Republik Demokratik Congo diminta memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
Korban mpox di DR Congo lebih 610 orang
Kes yang disyaki dilaporkan di wilayah terjejas oleh konflik, yang menempatkan sebahagian besar daripada 7.3 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di negara itu.
Kerajaan telah aktifkan bilik gerakan mpox - Dzulkefly
Kerajaan telah mengaktifkan bilik gerakan khusus untuk wabak cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Mpox: Rujuk dahulu info rasmi KKM untuk sahkan berita tular - Fahmi
Orang ramai diminta merujuk kenyataan rasmi kementerian atau agensi berkaitan untuk mengesahkan sebarang berita tular, termasuk mengenai kes jangkitan cacar monyet atau mpox.