RAUB: Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan mencabul seorang wanita warga Vietnam di pasar malam Bukit Tinggi, Bentong, kira-kira 65 kilometer dari sini, Selasa lepas.
R. Ganapathi, 33, dari Taman Seri Bukit Tinggi, Bentong membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 8 Mac sebagai tarikh jatuh hukum di Mahkamah Majistret di Bentong.
Bagi kesalahan mencederakan, Ganapathi didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 33 tahun pada 6 petang 16 Feb lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan mencabul, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, seorang suri rumah, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Chan Kai Ling menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan namun Ganapathi, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan dia hanya berpendapatan RM30 sehari, mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan isteri hanya pekerja kontrak pembersihan dengan gaji RM1,200 sebulan.
Shahrul Ekhsan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
R. Ganapathi, 33, dari Taman Seri Bukit Tinggi, Bentong membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim. - Bernama
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Aktiviti tentera Israel pengaruhi pembunuhan enam tebusan
Perbincangan antara Israel dan Hamas untuk mendapatkan pembebasan 100 tebusan yang ditahan di Gaza masih berlangsung.
163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.
Taufan Chido: Angka kematian meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis meningkatkan angka kematian di Mayotte kepada 39 daripada 35 orang, kira-kira 10 hari selepas pulau itu dilanda Taufan Chido yang dahsyat.
Kes selesema burung menular di seluruh England
Ladang burung di sepanjang pantai timur England terpaksa melaksanakan langkah pencegahan selesema burung berikutan beberapa kes dikesan dalam wabak baharu virus tersebut.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.