Seorang buruh ladang maut selepas ditetak rakannya dalam kejadian yang berlaku di ladang sawit Kampung Beril Paka, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, mangsa, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut akibat kecederaan kesan ditetak di bahagian lehernya.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Menurut Baharudin, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Cacar Paka bersama lima anak mereka berkunjung ke rumah suspek di kawasan ladang terbabit kira-kira pukul 8 malam Selasa.
Katanya, sebaik selesai menikmati makan malam, suspek yang berusia 29 tahun itu telah ke laman rumah dan menebas belukar berhampiran sekitar kawasan rumah.
Bagaimanapun, selepas selesai menebas, suspek dikatakan meluru ke arah mangsa dengan memegang sebilah parang.
Melihat keadaan suspek yang berkelakuan ganjil itu, mangsa kemudiannya telah mengambil sebilah parang di dalam keretanya dan bertanya apa masalah yang dihadapi suspek.
Suspek, bagaimanapun, mendakwa dia tidak mempunyai sebarang masalah.
Mangsa kemudiannya merapati suspek dan bertindak merampas parang di tangan suspek.
Bagaimanapun, suspek merampas semula parang di tangan mangsa dan terus menetak mangsa sebelum meluru dan menetak isteri mangsa yang berusia 34 tahun.
Isteri mangsa bagaimanapun, mengalami kecederaan di jari.
Sejurus selepas itu, suspek yang juga warga Indonesia yang dikenali sebagai Joko bertindak melarikan diri.
Nur Fazlizai Ali
Wed Feb 12 2020
![Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581483836_ParangMechete.jpg)
Mangsa, Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut akibat kecederaan kesan ditetak di bahagian lehernya. - Gambar hiasan
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Malaysia tidak ikut pendekatan Australia laksana Skim Visa Buruh Ladang Malaysia tidak ikut pendekatan Australia laksana Skim Visa Buruh Ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81633944138_AWANGHASHIM.jpg)
Malaysia tidak ikut pendekatan Australia laksana Skim Visa Buruh Ladang
Pendekatan itu tidak diguna pakai kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai penduduk tetap.
![Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618821913_Kebakaran.jpg)
Padah bakar rumah sendiri, buruh kritikal, rakan maut
Seorang pekerja ladang warga Indonesia dipercayai telah menyimbah petrol di ruang tamu rumah berkenaan sebelum menyalakan api.
![Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591278436_BuruhMaut.jpg)
Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ayer Putih selepas selesai tugasan di ladang tersebut.
![Pekerja ladang ditemui mati di perkarangan rumah Pekerja ladang ditemui mati di perkarangan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41589704388_CWBURUHLADANGMATI.jpg)
Pekerja ladang ditemui mati di perkarangan rumah
Seorang buruh ladang getah ditemui mati di perkarangan sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Murai, Dungun, pada Ahad.
![Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/81581483836_ParangMechete.jpg)
Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari
Seorang buruh ladang maut, manakala isterinya cedera di jari selepas ditetak rakannya dalam kejadian yang berlaku di ladang sawit Kampung Beril Paka, awal pagi Rabu.