KUALA LUMPUR: Malaysia memutuskan untuk tidak akan mengguna pakai pendekatan yang diguna pakai Australia berhubung Skim Visa Buruh Ladang dalam sektor pertanian kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai penduduk tetap, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata Malaysia telah dimaklumkan mengenai pengenalan skim berkenaan oleh kerajaan Australia semasa kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee ke atas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, pada 7 September lepas.
"Oleh sebab itu, kerajaan memperkenalkan program Malaysianisation (Malaysianisasi) bagi menggalakkan pengambilan tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Nuridah Mohd Salleh yang ingin tahu mengenai sejauh mana perbincangan antara Malaysia dan Australia mengenai Skim Pekerja Sektor Perladangan.
Awang berkata melalui program Malaysianisasi, pekerja layak menerima insentif tambahan sebanyak RM500 atau 20 peratus daripada gaji bulanan.
"Sebagai contoh, sekiranya tawaran gaji adalah RM1,500, pekerja akan diberi insentif RM500 menjadikan jumlah gaji kasar sebanyak RM2,000. Had kelayakan insentif ini telah ditetapkan kepada pemberian gaji pekerja pada paras minimum RM1,500 bagi majikan yang menyertai program ini," katanya.
Awang berkata Australia memperkenalkan Skim Visa Buruh Ladang untuk menangani kekurangan pekerja sektor pertanian dan perladangan yang kurang mendapat sambutan daripada pekerja tempatan dan skim itu dijangka memberi peluang pekerjaan kepada pekerja migran untuk bekerja selama tiga tahun dalam sektor berkenaan di Australia.
"Australia dan Malaysia menghadapi masalah sama iaitu kekurangan guna tenaga dalam sektor perladangan di negara masing-masing serta kebergantungan yang tinggi terhadap guna tenaga asing dalam sektor tersebut.
"Senario di Australia dan Malaysia agak mirip dengan sektor perladangan yang rata-ratanya melibatkan kerja 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar (dangerous, dirty, difficult) menyebabkan ramai pekerja tempatan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam sektor tersebut," katanya.
Sementara itu, pada sidang media, Awang mengingatkan para majikan supaya tidak mengambil kesempatan dan menyalah guna program berkenaan untuk merendahkan gaji pekerja seterusnya mengharapkan kerajaan menanggung selebihnya.
Beliau berkata program tersebut dilaksanakan dengan tujuan menarik minat pekerja tempatan bekerja di sektor-sektor yang kian dipenuhi pekerja asing.
"Kita rasa mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan eksploitasi keadaan kita dengan negara sedang menghadapi pandemik COVID-19.
"Kalau perkara ini ada berlaku, kita minta pekerja untuk membuat aduan di portal Working For Workers dan kita akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan program itu," katanya.
Menurut Awang, setakat 1 Okt lepas, sebanyak 1.7 juta kekosongan jawatan telah diiklankan dan 270,358 jawatan dalam kategori aktif untuk dipadankan dengan pencari kerja.
Katanya, daripada jumlah itu, 223,870 kekosongan berjaya diisi manakala 46,488 kekosongan jawatan aktif masih lagi terbuka untuk tujuan pemadanan.
Beliau turut menekankan had kelayakan insentif yang ditetapkan dengan paras gaji minimum pekerja sebanyak RM1,500 bagi majikan yang menyertai program itu tidak bersangkut paut dengan penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,200 sebulan melalui Perintah Gaji Minimum 2020 yang masih berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Awang mengakui, Australia dan Malaysia menghadapi masalah sama iaitu kekurangan guna tenaga dalam sektor perladangan di negara masing-masing serta kebergantungan yang tinggi terhadap guna tenaga asing. - Gambar fail
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
FEM2025: Charting Malaysia’s Path to Regional Leadership
Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) is the premier platform to chart Malaysia’s priorities and policies for 2025. Organised by the Government of Malaysia, this annual event will track the medium-term progress of the government’s initiatives and set the narrative for the coming year. With Malaysia assuming the chairmanship of ASEAN in 2025, "Seizing Malaysia’s Moment" recognises the country’s inherent strengths to seize the opportunities that lie ahead.
Piala EFL: Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Malaysia tidak ikut pendekatan Australia laksana Skim Visa Buruh Ladang
Pendekatan itu tidak diguna pakai kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai penduduk tetap.