SUNGAI PETANI: Bunyi bising seperti ada pergaduhan rupa-rupanya kekecohan yang berlaku akibat kebakaran melibatkan enam buah rumah sewa di Pekan Lama di sini lebih kurang 9.40 malam, Ahad.
Mangsa, Ooi Wai Leong, 62, berkata, dia hanya menyedari perkara itu setelah dimaklumkan jiran.
Dia yang menyewa lebih 10 tahun di rumah berkenaan segera bertindak menyelamatkan diri melalui pintu belakang dengan hanya sempat mencapai dompet sahaja.
Seorang lagi mangsa, Chong Fatt Tat, 54, yang menyewa lebih 40 tahun berkata, terkejut terdengar bunyi orang menjerit mengatakan rumah mereka terbakar ketika mahu mandi.
"Ada jiran jerit rumah terbakar, saya sempat capai baju dan keluar dari rumah...saya lihat api merebak dengan cepat sehingga tak sempat nak selamatkan apa-apa barang," jelasnya.
Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.13 malam.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Amanjaya dikejarkan ke lokasi kejadian membabitkan 28 anggota termasuk pegawai.
"Setibanya di lokasi, komander operasi lapor mendapati terdapat kebakaran melibatkan enam buah rumah.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 10.49 malam," katanya.
Difahamkan, lima buah rumah terbakar hampir 95 peratus manakala sebuah lagi membabitkan kemusnahan 30 peratus.
Operasi memadam kebakaran turut melibatkan anggota balai bomba sukarela berdekatan.
Berdasarkan maklumat, kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal namun tiada mangsa terlibat.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.56 tengah malam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 28 2022

Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di Pekan Lama Sungai Petani Kedah. - Foto JBPM
Pelbagai langkah diambil KPM pastikan keselamatan pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelbagai langkah telah diambil bagi menjamin keselamatan murid di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Sungai Golok, di selatan Thailand pada Sabtu malam.
Pokok tumbang, khemah Bazar Ramadan ranap di Subang Jaya
Menerusi laman Facebook, akaun SJ Echo memaklumkan banyak pokok tumbang di SS14 menghalang jalan dan menimbulkan masalah lalu lintas.
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam tadi.

Saree Up to Strike: Kejohanan boling pertama bertemakan sari sempena Hari Wanita Antarabangsa
Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, butik PAAVAI Looms Empire menganjurkan kejohanan boling dengan menggabungkan elemen budaya dan pemerkasaan wanita.

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Lima sekeluarga rentung: Jiran terdengar jeritan kuat minta tolong
Ketika terjaga daripada tidur dan mahu minum air, Ab Kahar terdengar bunyi bising meminta tolong dan bunyi berlari dari rumah jirannya.

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin
JBPM Melaka terima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari BBP Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

Lelaki ditemukan mati dalam longkang berdekatan rumah terbakar
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam longkang berdekatan sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kok Tiong.

Jeritan jiran selamatkan enam beranak daripada rentung
Mangsa tidak sempat menyelamatkan barangan dan dokumen penting termasuk buku sekolah berikutan api marak dengan cepat dalam tempoh lima minit selepas kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu.

Tujuh rumah terbakar, 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang
Kebakaran dapat dikawal dalam masa 20 minit dan dipadam sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

Pesakit strok rentung, adik melecur cuba selamatkan abang
Seorang pesakit strok ditemukan rentung manakala adiknya melecur selepas rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian di Jalan Batu Sapi Karamunting pada Ahad.